Pengikut

Memaparkan catatan dengan label diari pelajar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label diari pelajar. Papar semua catatan

20 April 2012

cerita cikgu # 2

relief kelas tahap 2 lain pulak ceritanya. duduk dan tengok je murid-murid, baca paper, buat rancangan mengajar kalau tak siap lagi. tak susah nak kawal murid.


Relief kelas tahap 2 ---


masuk kelas, bagi dua pilihan untuk murid pilih ; 


cikgu; kamu nak buat kerja sendiri atau nak cikgu bagi kerja?

murid-murid; nak buat kerja sendiriiiiii *serentak.

cikgu; oke, kamu boleh buat kerja sendiri tapi dengan syarat jangan bising. nak bercakap, nak main, nak buat apa sahaja boleh asalkan cikgu tak dengar suara kamu. boleh?

murid-murid; oke cikgu! *dengan sengih2 dan buat muka hampir nak bersorak.

cikgu; kejap, belum habis lagi, jangan nak excited sangat~ kalau cikgu dengar suara kamu macam mana?

murid-murid; denda! 

murid lain; ketuk ketampi cikgu.

murid lain lagi ; cubit!

selain murid tadi ; cikgu rotan!

cikgu; kamu nak ke cikgu rotan kamu?

murid; taknakk! *dengan sengih2 lagi.

cikgu; haa tahu punn. denda cikgu senang je. siapa bising diri depan. boleh??

murid: oke cikgu! hehe *buat muka teruja lagi.


murid pun cari geng masing-masing main. masa ni kalau tengok macam-macam jenis permainan ada. main pemadam, bola kertas. aishh mainan zaman-zaman saya kecik-kecik pun budak-budak ni masih main. macam tak ada mainan lain je nak main. haha nak tergelak pun ada.

kelas sedikit bising, mula dengar suara-suara sumbang yang seronok bila menang. cikgu pun apa lagi;


cikgu; awak! *murid tertoleh-toleh arah saya pandang. haa ye awak. yang cakap kuat tadi kan. cikgu dengar suara awak. keluar depan.

murid; alaa *keluar sambil buat muka kesian.


#ada aku kesah. haha 

kelas kembali senyap. kumpulan yang bising je panggil depan. hasilnya, kelas sentiasa senyap bila murid-murid yang sebabkan kelas bising ada kat depan. kalau duk depan bercakap lagi, diri mengadap papan hitam.wakaka~

*cikgu senyum puas hati. hehe :P


-google-




cerita cikgu # 1


macam-macam kisah yang dialami sepanjang tempoh praktikum. ada yang suka, ada yang tak suka. ada yang rasa nak marah, ada yang rasa nak gelak. haha ape pun praktikum tetap diharungi dengan tabah. kalau rasa tak suka, ada yang tak berkenan di hati tu normallah. tak semua benda best dan sempurna macam yang kita nak. kalau rasa ada yang best tu, cuba alihkan perhatian, banyak lagi benda-benda lain kat sekolah tu yang boleh buat kita seronok. *senyum :)

salah satu perkara yang saya suka bila bosan kat sekolah adalah relief kelas tahap 1 terutamanya darjah 1. kelakar relief kelas darjah satu. haha *gelak jap.

salah satu benda yang paling kelakar pernah saya buat masa relief adalah pertandingan senyap. haha *gelak lagi.  pertandingan ni sesuai dijalankan bila cikgu penat, malas nak buat aktiviti apa-apa. relief kelas tahap 1 terutamanya darjah satu kena ada aktiviti, tak boleh biarkan murid buat kerja sendiri dengan harapan mereka akan duduk diam. kalau buat jugak, harapan tinggal harapan jela. 5 minit je diam lepas tu kelas akan bertukar jadi medan perang. jadi, kepada cikgu-cikgu relief, boleh cuba laksanakan pertandingan ini. haha

cikgu; murid-murid, hari ini cikgu nak buat satu pertandingan. nak main tak?

murid-murid; yeayyyy! nakkk. *kelas riuh-rendah kejap.

cikgu; ok, kalau nak, dengar cikgu cakap dulu. *kelas senyap. nama pertandingan ni pertandingan senyap. haaa pernah main tak? *cikgu tanya sambil control nak gelak. haha ;P

murid; hah pertandingan apa cikgu? *buat muka tak percaya.

murid lain; pertandingan senyap? tak pernah dengar pun *muka blurr.

selain murid tadi; peliknya nama pertandingan cikgu. *muka confius.

cikgu; haa tak pernah main kan? tak tahu kan macam mana? macam mana nak tahu kan cikgu belum bagitahu lagi. ni dah sedia nak main belumm.

murid-murid; dahhhh.

cikgu; cikgu tak dengar, kuat-kuat sikit. dah sedia nak main belummmm???

murid-murid; dahhhhhhhhhhh! *muka teruja. haha

cikgu; oke kalau dah sedia bagus. dengar syarat-syarat pertandingan. pertama- tak boleh bercakap, tak boleh bising. kedua- tak boleh berjalan.


murid; ooo macam tu je ke cikgu. senang jee * muka teruja lagi. haha


cikgu; haa senang je kan syarat-syarat dia. pertandingan ni akan dimulakan bila cikgu kira sampai tiga. dah sediaaa nak mulaa belummm??

murid-murid; dahhhhhhh! *semua buat muka teruja dan buat gaya ala-ala bersedia nak mula.

cikgu; oke, sediaaa 1!, 2!, 3! *sambil sengih2 nak gelak.

murid-murid; semua senyap kat tempat masing-masing. 

;p


bila ada yang bunyi suara potong markah kumpulan. setiap kumpulan bagi 5 markah tick2 je kat papan putih. bising pangkah satu. murid-murid akan senyap dan ingatkan rakan-rakan yang lain sekali. hehe

#masa relief tinggal lagi 5 minit.

cikgu; oke murid, sekarang pandang depan. kita tengok kumpulan mana yang dapat markah paling banyakk? 

murid-murid jawab.


ganjaran;
kumpulan yang kalah tak dapat apa-apa.
naib johan dapat sepuluh tepukan dari rakan-rakan kelas.
johan dapat sepuluh tepukan beserta sorakan "KAMI JUARA".

cikgu; *dalam hati. macam ni pun bolehh? hehe ;p 

#cikgu keluar kelas sengih sorang-sorang nak gelak. haha


ps: jangan sesekali cuba buat pada murid tahap 2. confirm kena bantai gelak dek budak-budak. haha :D


#cikgu sengih senang hati.

-google-





20 Mei 2011

alamak! dah lewat.

disebabkan semalam aku tak tido. jadi pagi tadi aku tido lepas subuh. awal semayang subuh hari ni. hehe

sebelum tido tu aku off hp kononnya nak dapatkan tido tanpa gangguan tapi taw dak aku dah terlepas pergi kelas arini. adoi~ bangun2 je dapat mesej dak ni tanya  pergi tak kelas? terlupa seyh. peh, nak pergi pun dah lewat jadi baik takpayah pergi terus kan. keke~ 
i tak suka pegi kelas lambat2.


haih.

cincaubasi~

exam sem 5

hah tadi lupa nak cakap. tadi dah mula periksa untuk semester ni . paper pertama.  EDU3106. Budaya & Pembelajaran. susah woo~ main agak2 je. hampir sumenya KBKK. tak baca buku ke, baca buku ke sume goreng. tapi aku tawakal jela. aku dah usaha. habis satu buku aku baca *2 kira usaha la kan :P. hee rilek suda~ serahkan sume pada Allah oke. pape aku harap result aku semester ini naik lagi. lebih baik dari semester lepas. aku nak cemerlang. target maw tinggi meh. supaya jatuhnya tidakla terus ke dasar. :P paper seterusnya akan muncul hari isnin, selasa, rabu, dan khamis, berderet. sedia atau tidak redah aje~

berakhirlah semester 5. kihkihkihkihkih. 
aku dah habis semester 5. korang dah habis? belum kan. haha

semester 6?
emm ape citer semester 6 nih.

22 Mac 2011

hari 2



hari kedua praktikum~
harapnya sume berjalan lancar~
kesihatan juga bhaek2 saja.
hu~


hari ni dah start kena buat RPH. esok mahu mengajar.
perlu mula awal supaya hasilnya baik2 aje walaupun masih lagi sedikit blurr macam mana nak ajak budak nih.adoi~
oke2 takpe. kak jasmin a.k.a cegu pemulihan sekolah tu ada. boleh mintak tunjuk ajar beliau~


harini juga mungkin dah kena start buat projek 'KENALI MURID'. pegi satu2 kelas ambik2 gambar setiap murid dan letak nama murid. print out dan bagi pada guru yang mengajar kelas tersebut. objektifnya supaya guru kenal setiap murid dalam kelas mereka. takdela tertukar-tukar. lepas tu mungkin akan bincang untuk projek kedua, buat gelanggang bola baling. kena siapkan before minggu depan rasanya.


oke maw pegi sekolah suda~
doakan sumenye baik2 aje.
daa~







nite

aku tengok belah tepi nih ada 4 orang tengah online, mksdnya ada 4 orang tengah view blog aku. haha sapa ntah yang sedang bukak blog aku nih. sokmo tertanya2. haha


oke aku nak smbung tido. harapnya esok bangun dengan sihat. hu~


*baru lepas makan. xprepare pape lagi untuk esok.xlarat, pening2 lagi. adoi~ sok kena bangun awal.


nite sume!

21 Mac 2011

praktikum

mula-mula sekali jangan kisah pasal tulisan kat blog aku sebab aku tahu memang tak cantik. haha aku tekan2 ape ntah ingat nk tambah font kt new post ni sekali font yang tu tukar. aku tengok pun serabut malas nak ubah lagi. biarlah dulu.

oke, arini dah start praktikum. hari pertama untuk praktikum pertama. apa ntah aku nak cite. haha aku malas la nak update badan aku penat. arini balik sekolah dekat kul 4 sebab lepas sekolah tadi jumpa PK selesaikan terus pasal jadual waktu bagai2. pagi 2 PK sibuk 2 yang jumpa lepas sekolah. papepun sekolah tu memang terbaik. best. dari  guru besar, PK, kerani, guru-guru semua oke. cegu pemulihan pun oke. muda lagi baru 3 tahun posting.balik-balik sampai bilik aku dah muntah2 sebab perut masuk angin, tak makan pagi tu. dak2 ni makan lepas sekolah tu aku tengok je, perut tak sedap nak makan. kena tido rehat2 dulu baru boleh makan. pastu aku tido smpai petang. haha penatnye macam apa je.

untuk kokurikulum aku pilih tunas puteri dengan bola tampar. jadual waktu pun aku pilih sendiri nak ajar apa, masa bila2. syok habis. memandangkan boleh pilih sendiri jadi aku ambik kelas pemulihan je sume 8 waktu tapi bahagi 2 la BM dengan Math.

oke tu aje. malas nak update banyak2.

*tetiba perasaan masa first sbe 2 datang balik masa hari fisrt praktikum. macam mana aku tak rasa down. :'(.
bagi semangat pliss~





09 Februari 2011

KAGUM

KAGUM 2 sebenarnya singakatan bagi Kejohanan Aktiviti Gerak Kerja Kokurikulum!
tu pun tak tahu ke. adoii~!!

haha


akhirnya dah siap keja aku untuk malam ni.


yokk tidur.


esok kelas pagi-pagi lagi.


:)

06 Februari 2011

bas ekspress

aku dah kat hotel, eh salah, hostel. macam biasa. aku yang paling awal sampai. hu tak suka. bosan gila tak ada orang. nak turun makan pun malas kalau dah sorang-sorang. dahla kelmarin aku lupa nak makan nasi. makan kueh je petang tu. adoi~ lapar2. perut dah pedih.




haa nak dijadikan cerita semalam naik-naik bas je ada masalah. biasa aku naik kat stesen bas, tiket transnasional. kali ni naik depan mini stadium tiket bas X. bas yang tak berapa nak femes, sebuah je nak gi KL. nasib la dah tak ada tiket. lepas salam mak ayah je aku naikla bas, bas 2 tingkat, aku no 27 jadi bahagian ataslah belah belakang sekali. dengan susah-payahnya mengendong serta menjinjit beg besarku, tiba-tiba.. 

"eh, mana tempat aku, apsal ada orang duduk tempat aku, betul ke aku nih." 

aku pun periksala balik tiket tengok-tengok betulla tu tempat aku. aku pun tnya ngah (ngah tu sepupu aku aku lupa nak cakap aku gi ngan dia, dia naik dulu dari aku. hehe)

"ngah, ngah no berapa".

26. li? 

27.

dia pun tnya orang sebelah. "demo no bapo?"

orang tu tunjuk sebelah ngah mksudnye 25 la. tempat tu pun de orang duduk jadi diorang main duduk jela. aku pun apa lagi duduk jela depan tu sorang-sorang. malas nak banyak soal.

kejap tu driver bas pun datang, dia cakap ada yang bertindan la apa la. dia mintak sorang budak pmpuan tu tukar naik bas lain bila kat perhentian seterusnya.dia dah deal ngan bas M. nati kalau tak dapat tempat duduk mintak jugak suruh dia bagi. kita bayar la apa la bla..bla..bla.. dia membebel. budak pompuan tu dah bengang tapi still cover lagi. bagus2. bengang2 pun hormat lagi kat pak cik tu. 

aku dah malas nak dengar. apa berlaku seterusnya aku malas nak cara. 

ingatkan dah selesai rupanya ada lagi. ramai pulak yang bertindan. kesian kat Cina 3 orang tu kena duduk belakang sekali berhimpit-himpit kat belakang tu. biasa kalau kat belakang tu tempat driver bas tidur la. haa kat situla. tak ke kesian.. bayar mahal-mahal kena duduk macam tu. sikit pun tak selesa. aish tak patut betul. 

bila dah sampi perhentian seterusnya dalam 30 minit macam tu la. pompuan tu pun turun. lelaki yang duduk kat tempat aku pun beralih duduk kat tempat dia. aku  pun tukarla sama sebab sah2 la kejap lagi ada orang naik dan duduk kat tempat aku duduk tu.  dah tukar tu aku duk diam-diam. pasang earphone dengar lagu. pakai stokin, ambik sweater, selimut. 

skali air-cond dia kuat gila. tak boleh tutup lak tu. dia jenis yang bulat tu, tolak sini berlubang sana, tolak sana berlubang sini. haha tak boleh nak buat apa dah. terketar-ketar aku. sume tangan, perut, kaki sampailah ke jari-jari aku menggigil. tak boleh nak tido meh. sejuk sangat. nak je aku turun bawah kat driver mintak perlahankan air-cond. haha tak berani pulak karang dia sound orang lain takde apa-apa aku pulak yang lebih. haha jadi aku pun buat-buat keballah. 

bila bas berhenti kat R&R tu aku turun kejap ambik angin panas. wohoo cair sikit darah-darah aku nih. kalau tak tadi kepala ni dah rasa macam apa dah, tegang semacam je sebab kacip gigi kuat sangat. sengal rahang-rahang aku. huh. naik tu aku perasan ada yang sumbat lubang air-cond tu dengan tisu la plastik la. aku pun sumbatla tisu sama. haha kurang sikit sejuknya. dah boleh tido dah sikit. haha bangun-bangun je dah sampai KL.

sampai-sampai je naik teksi balik maktab. 
tido~

itulah antara suka-duka naik bas.
belum kira lagi yang bas rosak, kena tukar sampai 3 bas nak sampai umah.
bas bocor lagi. hujan je habis basah, dahla air-cond. hu tu biasa bas tambahan la.
orang dekat mesti tak merasa sume nih, haha. orang yang naik bas perjalanan jauh je merasa. 


p/s: bilalah aku boleh duduk kat kampung nih. bosan la duk tempat orang. penat naik bas jauh-jauh. Y_Y

22 Januari 2011

idea

idea2~
mana dikau~
aku buntu takde idea~
takde sape ke nak bagi idea?
adoi~
idea tak bercambah walau benihnya banyak walau tanam tempat sama. 
mungkin baja tak sesuai~
kena belajar lagi macam mana nak campur2 baja bagi mantop gitu.
nak tips pliss~




inovasial~

13 Januari 2011

makin besar makin sibuk

jadual sangat padat.

kerja pun banyak.

seawal 8 dah kuar bilik pergi kelas.

10.30  rehat- sarapan kejap.

rehat lagi 1.30 hingga 2.30

sambung lagi kelas sampailah pukul 4.30.

balik-balik je mesti tidur.

09 Januari 2011

keputusan peperiksaan

result exam dah dapat. semester ni paling awal dapat tahu result sebab pegi kelas pagi2 lagi dah nampak orang beratur kat SUP. kalau bukan sebab nak ambik result dan urusan2 yang berkaitan dengan peperiksaan takdenya orang nak pergi SUP.  kalau ramai2 orang depan SUP awal2 sem ni tak lain tak bukan nak ambik result la 2. 

aku pun dah ambik result walaupun pada mulanya takdela excited sangat pun nak ambik. tunggu orang takde dulu baru gi ambik malas nak beratur panjang. hee alhamdulillah. result ok. sangat ok. tak sangka pun ye boleh banyak tu. gembira. biasala bila kita rasa gembira ke apa kan mesti kita nak share dengan orang. tapi tak tahu lak nak share ngan sape. yela nak share ngan kawan2 pun diorang sume lagi tinggi segan la pulak ti apa kata orang kan result takdelah tinggi mana tapi lebih2 lak. haha segan i u. 



02 Jun 2010

ini kisah akhir semester~

2 bulan lebih dari tarikh entry yang kt bawah tu. entry baru dihasilkan.haha~ cuti datang lagi.kalau entry yang kat bawah tu dipost masa cuti mid sem, entry kali ni dipost lagi 2 hari nak balik cuti semester. berakhirlah sudah semester 3. banyak benda berlaku. ade yang bes. ade yang xbes. macam biase. yang bes kita ingat-ingat lupa, yang xbes sampai bila-bila pun kita akan ingat.he~

macam biase, setiap kali cuti mesti ade bende xbes berlaku. cuti kali ni kita tengok.pe akan berlaku. macam mna sekalipun, hidup kena terus. sabar sb semua yang berlaku pasti akan berakhir nanti. lambat ngan cepat jek.he~

exam dah habis. teruk kot. papehal pun tunggu jela result keluar. harapnya result xseteruk yang dijangka. he rilex2~

esok de majlis konvokesyen kat maktab. jadi sehari dua ni sibuk sikit. sibuk bukan sebab aku yang nk grad, sibuk tolong memeriahkan pesta konvo ni.haha sb tu kena stay lagi.hehe xpe2~ i 'lyke'!

hah ttbe tringat.................
kejadian xsenonoh masa pesta konvo.haha
tadi kat pesta konvo de mamat ni dengan kurang sopannya menegur sambil lalu kakak2 yg duk kt gerai 2 dengan suara ala-ala speaker " bek xyah jual xdek orang beli". aku tengok jela, lam hati kata " baik ko diam je mamat dari menegur bnde2 yang menyakitkan hati, xpasal2 kakak 2 bengang".hu~ sian akak tu. emosinya yg tenang ala2 air di tasik permaisuri berkocak dek teguran kurang sopan mamat 2. terganggu konsentrasi kakak 2 nak tengok tarian nustan.isk2~ xpatut betol mamat 2 kn.

de banyak gerai-gerai kat pesta konvo. tadi lalu kat gerai jabatan ert 2, de lect tegur nak lanje makan. tapi aku ngan dak farah ni bajet cam malu-malu kucing.wakaka~ sempat intai2 mee sizzling ngan abc tapi ntah cne ntah tertolak lak eh tawaran tu.haa sebab de warden kesayangan kat situ, jadi cm segan lak nak join makan situ. lau lect 2 je mesti kitorang dah baham mee sizzling ngan abc. kitorang? tak2. farah jek.aku xsuka mee sizzling, jadi aku maybe layan abc jek.tp mybe je ok.bnde 2 xjadi knytaan.haha.jual mahal konon.kn dah tlepas lunch free.haha padan muka kami.

petang tadi xpegi, de majlis perasmian ke pelancaran mcm 2la.malas nk gi tengok. tapi malam ni nak gi dataran tengok karaoke.semalam xgi sb duk sibuk packing barang. malam ni dah free xde ape nk dibuat, jadi leh gi lepak sana tengok2 dengar2 orang nyanyi. dengar2 2 Insyaallah sume leh dengar tapi nk tengok2 sume 2 xpasti nampak x. lau orang yang nyanyi 2 putih lehla nampak tapi lau gelap kurang nampaklahla kot. maklumlah malam.haha sori2~ main2 jeh. spotlight baik punye.cnfirm nampak.he~

esok pegi menyibukkan diri kt sana lgi. ramai orang kot esok.haha xpe. lgi ramai lgi syiok. tapi jangan beli kebab sb kebab 2 sedap. ti aku susah lak nak beli lau ramai orang kat makcik kebab 2.haha rini xbeli sb tadi ramai orang. tow sedap pn sb pau rumet punye jek secubit. haha thanx met. esok nak beli lima kebab! jangan berebut okeh.

pngajarn hari ni:
1- diam lebih baik dr bckap yg manykitkn hati.
2- rezeki jangan ditolak, ti lapa. :PP


17 September 2009

yang namanya kenangan..


pkah, alia,aku,ja,ecah,nor
xde lam gamba:za ngan marinah.
.
.
.
petang tadi bosan tak tahu nak watpe, men tekan2.tiba2 tertekan album gambar kat fb nor.jumpa gambar ni. gambar masa jumpa cuti mid sem ari2. eh yeke cuti mid sem.alah tak ingatlah bila.yang penting masa cuti.hehe bes giler tapi sedikit terkilan sb baiti ngan ain xde. dah lama tol tak jumpa korang terutamanya aishah, marinah ngan pkah. hah faten pun dh lama xjumpe. pas form 3 terus lost kontek, 4 tahun tak jumpa. yang lain2 ade gak jumpa sekali 2 lepas pindah dari qoala qry 2. hehe thnks 2 sesape yang kol gitau ari2. kalau tak xthulah bila leh jumpa.masing2 dah duk jauh, serata alam. pkah kt srwak, alia kt kuantan klu xsilap, ja kt shah alam, aishah sg besi, nurse 2 hehe, nor cegu kt mktb dato razali, takde dalam gambar za ngan marinah. za tukang ambik gamba, marinah time ni tak sampai lagi. za pon cegu gak kat ipis, marinah kat kedah kalau xsilap,huhu. masing2 dah ada hala tuju sendiri. dah besar2 dah sume. dulu mula2 kenal sume muka2 suci jek, muka budak2,haha. 3 tahun duk skali macam2 kita lalui. pahit manis, kelat,masam, tawar sume ada.
.
.
klas, ds, outing, riadah,koop. kenangan sume 2. ingat lagi mula2 masuk sana. mcm padng jarak padang tekukur. dengan panasnya xde pokok. tanah kering.huhu. mklumlah, mktab baru,pokok xsempat nk tumbuh subur. hehe dapat homeroom yang bes. buat taman sains kat tepi asrama 2, cangkul2 tanah, tanam pokok2 herba, buat kolam.hehe suka.suka bila tgk hasilnya .riadah petang2 mesti lepak sana kalau malas nak round maktab. kelas yang paling bes lak masa form 1, kat tepi tangga aras bawah. dekat ngan dewan selera. bila dekat2 nk balik je msti gelisah bila tengok dah ade orang turun tangga, lalu tepi klas, dah xboleh fokus dah ingat makanan kat ds 2, takut ramai, ti lambat dapat.haha ntahpape. ngan surau yang panas amat. bila semayang magribnya mesti rasa titisan2 air mengalir laju,haha panas amat, berpeluh2. nak buat cane, jadi tempat maksiat bila dak2 laki duk skodeng aspuri. pas2 outing kat bandar kk yang 'besar', nek van coklat pk cik 2, dah maju skit kk, de econ jaya,haha. kalau nak dcrita tak habis, banyak sangat perkara yang berlaku. macam2 rasa. sume 2 ajar aku berdikari, cane nak berkawan, cane nak survive, ajar erti hidup. ape yg blaku di sekeliling adalah guru terbaik yg pernah aku ada *ttibe rase geli jek ngan ayat2 aku nih.haha layan....* rindu ngan nasi lemak cegu zainon. bes.
.
.
lepas form 3 msuk lak kay tee. masa ni dh matang sikit. masa ni cuma buat hal sndri. malas nk care bnde len. pngalaman lepas buat aku lebih hati2. xmo pisang brbuah 2, 3, 4 kali. haha tapi len jadinya bila masuk mktab. inilah balasan bila kita mula abaikan pengajaran daripada pengalaman lepas. haha padan muka. hah lupa, sblm msuk mktb pi matrik penang dulu, walaupun sebulan tapi bes giler. jumpa balik kawan2 lama. za, nor, baiti..bes2!  penat memang penat, tapi beslah. belajar hidup bmsyarakat, hidup tanpa pntingkn diri sndiri, ssh senang bsama. *rindu kt rumet mt3x-ash,ilah, tim.thnks byk tolong dulu yek. smpi bila2 ingat kat korang walupun skrg dh xkontek. ingt jugak kt yana n awin.
.
.
dah habis idea. xtow dah nak cakap pe.hehe. cuma harap dapat jumpa korang lagi nanti. *aishah! ja! za! kata nk jmpe balik kl nati, senyap je korang eh..haha tape, ti hujung tahun ti kita jumpa lagi. kali ni xmow lgi pi kbmall. asyik2 kbmall jek. buat kt pntai lak, sewa chalet , bakar2 ayam, ti leh cite panjang.haha berangan jeh. baiti! ain! dah lama xjumpa korang. ape cite korang sekarang. nati len kali pastikan dapat join kitorang k. serius. aku rindu korang sume.
.
.
ni za. belah kiri yang pakai baju merah.sebelahnye nor.
.
.
ni ain.budak kecik yg xbesar2..
.
.
*gambar2 ni aku cilok dari korang nyer fs n fb.hua3~ minta halal k.
  gambar yg len xsempat nak cilok. ntah ape la name korang letak,penat cari.ti len kali kalau jumpa       aku upload.
.
.
* kak zie, kak la, kak za, kak nida, kak mas, kak gee, kak wani yg sempoi juga. mow jumpa kalian          sama.

tibanya cuti..

harini khamis.esok jumaat.lusa sabtu. tulat ahad.ahad dah raya. tapi aku masih kat sini. bumi cheras yang terchenta.hoho. kali ni pon macam kali2 yang lepas.macam biasa. aku balik lewat sekali. hampeh betol. cukup tak suka bila kena tinggal sorang2 kat hostel, kira detik waktu nak naik bas. masa ni ase nak patah2kan je jarum jam saat ngan minit yang bergerak cam siput sedut pose. ok. jarum saat boleh dimaafkan lagi sebab nampak usaha dia nak pecut tu walau kadang semput. tapi jarum minit sorilah, tak dapat dimaafkan walau raya lagi 2, 3 hari. takde istilah maaf zahir batin kat sini. jarum jam? T_T
8 tahun duk hostel, tu fenomena biasa, dah kalis, dah takde perasaan. ermm yeke dah tak rase ape bila tengok orang len balik awal. haha tipulah. jeles. ye. serius aku jeles. jeles bila tengok orang len tersengih-sengih bitau kelas dia balik hari sekian2-awal. jeles bila tengok orang lain excited packing barang berbeg2 sedangkan barang kita tak pilih pon lagi nak bawa balik yang mana satu *wtpe packing awal kalau lambat lgi nk balik,huhu. jeles.tambah2 jeles bila orang ketuk2 pintu bilik nak salam bitau dia dah nak pergi, lambai2 riang ria sambil turun tangga. aku? masuk bilik kunci pintu.tido! agak2 dah tak boleh tido lagi, bangun tengok hostel yang sunyi-sepi. sayu.sayu bila tengok ampaian kosong.haha warna-warni baju dah xde. hostel kembali suram. masuk kemas bilik, packing barang siap2, pilih mane yang nak msuk beg, mana yang nak pegang, mana yang nak pakai nanti.agak2 dah puas hati.letak beg tepi pintu. tengok jam American Polo kaler silver yang abah bagi. masih awal.tunggu lagi.adoiyai~ sabar jela.
cakap cam xpernah balik awal jek.haha.pernahlah. sape cakap xpernah. beberapa kali jek. hepi kalau boleh balik awal dari orang lain. muak riak semacam. bangga. haha. bangga bila dapat bitau orang len kita balik awal. eksyen.eksyen bila dapat packing2 barang time orang lain sibuk buat keja. muka riak kelihatan bila dapat salam n lambai2 orang dari luar bilik.haha suka.
takpe, pape pun bersyukurlah. sekurang-kurangnya masih di Malaysia. masih di semenanjung. takde laut yang memisahkan kita.haha.ntahpape.mengarut je bila takde org nih.bosan dowh~
dah.
nk pi bazar.
sblm tu kena cari manusia2 yang masih ada kat sini.
huuu~
SELAMAT PULANG KE KAMPUNG MSING2.
HATI2 DI JALAN RAYA.
HATI2 JUGA SEMASA BERAYA.
",)

14 September 2009

hari baru.cerita baru.

dah lama x updte.
malas.
banyak keja.
penat
.
drpd duk penat mata mengadap laptop, ketuk-ketuk keyboard ni menaip kt blog, baiklah menaip kt word buat esaimen. xpon tido. simpan tenaga pose2 ni tuk bt esaimen. adela gak pekdahnye.
.
ase cam banyak sangat bende yang dah terlepas, tapi xthu ape..haha sokmo gitu.ntahpape. layan jela pape
.
seminggu 2 ni banyak benda berlaku. tapi buat tak tahu jek, malas nak layan. penat. hidup je cam biase. makan.minum. pegi klas. borak2. senyum2. gelak ramai2. nangis sorang2.haha gila.
.
oke
.
raya.
sume duk cite sal raya. jadi nak cakap sal raya gak. lagi beberapa hari. yeay boleh balik! haha suka2. walaupun persiapan tahun ni tak meriah macam tahun2 lepas, tapi okelah..masih mampu tunggu raya dengan gembira. haha sebenarnya xsabar nak kumpul adik-beradik. aritu balik xsempat jumpa semua. tapi sikit tak puas hati sebab balik lambat sekali. jumaat malam. ish, yang lain semua lagi awal, *eksyen.huh. xheran. cuti ni nak rehat cukup2. bagi tenang balik.. cube reducekn ape yg patut.
.
pose.
pose tak cite lagi dh cite sal raya. pose taun ni kosong. 2 je boleh ckp.
.
esaimen.
esaimen dah banyak anta. ade lagi 2 yang belum siap.hujung minggu nati anta. tapi kejanya dah tak banyak sebab cuti mid sem ari2 dah buat banyak. haha buat pertama kalinya dalam sejarah 8 taun duk asrama buat keja masa cuti.hurmm perkembangan yang baik *bangga ngan diri sndri sb rajin buat keja.haha..semuanya sb dia. jadi teladan yg baik ok. saya nk ikut.
.
exam.
sebelum raya pulun buat esaimen. tak lama pas raya nati dah nak peksa. nak tekun lam study. nati nak duk kat depan sekali dalam kelas,haha yeye jek. sebenarnye  tak suka duk depan, tak boleh nampak seluruh kelas, duk belakang  boleh nampak semua. bila ada orang bercakap takdela kena teleng2 sampai senget kepala.FOKUS.FOKUS.FOKUS. xmow blurr2 lagi * tapi tak jamin,hee~ sem ni nak pointer lagi tinggi. *cam iklan tv 2 yang pakai kaki kayu 2, berjalan kena ke depan..bukan ke belakang..jadi pointer pon kena macam tu. harapnya dapat buat yang terbaik. jom study! *peringatan buat en. emo. jangan cari masalah time exam k. sy target tinggi.haha
.
etc
lepas raya ni nak uruskan hidup dengan baik.  masa untuk berubah. masa main2 ikut kepala sendiri dah tamat. sekarang masa untuk hidup dengan serius. serius k.jangan main2.haha aku suka main2.. time gaduh2 serius pon leh gelak.ntahpape.tak bolehlah bila marah bising2 tengking sana-sini, mesti kejap tu nak gelak. tak jadi marahla weh, kelakar jek. tak mampu nak kekalkan muka serius bila kat dalam dah mengekek2 geli hati.haha.  jadi kalau marah bek diam, cakap sepatah 2 jek. nati orang gelak kalau aku marah.huh.jangan gelak ok! buat penat je marah smpi tangan gigil2.
.
hari baru. cerita baru. mow tingkatkan prestasi. kurangkan kontroversi. ayuh! bersama satu malaysia. opss lupa - SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YG KE-52. haha walupun sekarang dah tengah bulan 9 tapi layan suda. maktab baru lukis2, conteng2 poster merdeka sampai kotor tangan kat dataran minggu lepas. majlis penutupan ari rabu ni ye. arini senin jadi okela lagila ucap selamat.haha
.
tadi selesai suda anta literasi bahasa-permainan bahasa bagai2. lega. walaupun banyak dugaan semalam tapi bersyukur mampu siapkan seawal sahur tadi pagi. sekurang-kurangnya keja siap walaupun sedikit semput. thanks 2 farr, bell, ngan fizz  sebab tak membebel semalam. sori, cuma mampu gunting2 jek walaupun tak sempat siap-ttdo. sori juga pada kakak tembam tomey2 coz buat jiwa anda kacau..wuu~
.

semalam buat i pearl cafe. walupon tak suka cafe n anak beranaknya, tapi i semalam sedap. mungkin sebab dah lama tak minum i panas, jadi cam masyuk je.  sempat hirup sikit jek sebab kakak tembam tomey2 bising minum i dia. xpe. nati buat lagi.huhu~ 
.
dh. lega skit. *ase cam ringan kepala.lepas beban 100 tan.
nk tengok rph.
buat bspp.
.
.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN



10 Ogos 2009

asaimen

haish.
kepala dah mula pening.
otak dah mula serabut.
mula tak menang tangan.
asemen oh asemen.
bertabah ok.
.
.
.
*bahana keja bertangguh.
dush! padan muka.
aiyarkk.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...