relief kelas tahap 2 lain pulak ceritanya. duduk dan tengok je murid-murid, baca paper, buat rancangan mengajar kalau tak siap lagi. tak susah nak kawal murid.
Relief kelas tahap 2 ---
masuk kelas, bagi dua pilihan untuk murid pilih ;
cikgu; kamu nak buat kerja sendiri atau nak cikgu bagi kerja?
murid-murid; nak buat kerja sendiriiiiii *serentak.
cikgu; oke, kamu boleh buat kerja sendiri tapi dengan syarat jangan bising. nak bercakap, nak main, nak buat apa sahaja boleh asalkan cikgu tak dengar suara kamu. boleh?
murid-murid; oke cikgu! *dengan sengih2 dan buat muka hampir nak bersorak.
cikgu; kejap, belum habis lagi, jangan nak excited sangat~ kalau cikgu dengar suara kamu macam mana?
murid-murid; denda!
murid lain; ketuk ketampi cikgu.
murid lain lagi ; cubit!
selain murid tadi ; cikgu rotan!
cikgu; kamu nak ke cikgu rotan kamu?
murid; taknakk! *dengan sengih2 lagi.
cikgu; haa tahu punn. denda cikgu senang je. siapa bising diri depan. boleh??
murid: oke cikgu! hehe *buat muka teruja lagi.
murid pun cari geng masing-masing main. masa ni kalau tengok macam-macam jenis permainan ada. main pemadam, bola kertas. aishh mainan zaman-zaman saya kecik-kecik pun budak-budak ni masih main. macam tak ada mainan lain je nak main. haha nak tergelak pun ada.
kelas sedikit bising, mula dengar suara-suara sumbang yang seronok bila menang. cikgu pun apa lagi;
cikgu; awak! *murid tertoleh-toleh arah saya pandang. haa ye awak. yang cakap kuat tadi kan. cikgu dengar suara awak. keluar depan.
murid; alaa *keluar sambil buat muka kesian.
#ada aku kesah. haha
kelas kembali senyap. kumpulan yang bising je panggil depan. hasilnya, kelas sentiasa senyap bila murid-murid yang sebabkan kelas bising ada kat depan. kalau duk depan bercakap lagi, diri mengadap papan hitam.wakaka~
*cikgu senyum puas hati. hehe :P
![]() |
| -google- |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan