Pengikut

Memaparkan catatan dengan label ucap selamat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ucap selamat. Papar semua catatan

03 Disember 2009

aku sayang korg!




cerita sal profile birthday tringat sal birthday aritu.. walaupon dh lewat mlm tpi msih sudi nk wish my birthday. masih sudi nk sambut. thanks pd sume ye. terutamanya pd kek yang sedap. pada yg bgi hadiah, thnks juga. buat kwn2 yg wish via msg/ym/etc..tq! n a spesel thnks 2 KFC too:PP





buat rakan2 blok, farah, fiza, nabila n mimi , xlupa buat xrumeto jugak,kak fae. makasih ye tuk semua spnjng 2 tahun ni. :PP sayang korang.









16 Mei 2009

16 MEI

GURU OH GURU
.
.
Berburu ke Padang Datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979
.
.
hehe~

sajak yang sentiasa dideklamasikan bila tibanya hari guru.
tiap-tiap tahun ok!
dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah.
berpindahlah ke mana-mana sekolah pun, sajak ni lah yang akan ketuk gegendang telinga bila munculnya 16 MEI. wajib!
.
.
guru ----> jentera manusia.
----> doktor masalah sosial.
erm...
betul ke?
hihi sendiri fikir.
.
.
.
lagu IPGM..
layannn~
zasss...
Institut Pendidikan Guru
Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika kerja
Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasi
Bangsa negara tercinta
.
Berwibawa berintegriti
Keunggulan peribadi
Berteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa
.
Kami bangga menjadi guru
Kerjaya dihormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi
IPGM Malaysia berikrar
Membentuk guru berkualiti
Penyanyang berakhlak mulia
Mendokong visi misi IPGGGGGGGGGG.
.
.
.
.
p/s..
buat warga pendidik :
  • SK BENDANG PAUH
  • SK TANAH MERAH 1
  • SK CHABANG 3 CHETOK
  • SK LATI
  • MRSM KUALA KRAI
  • MRSM KUALA TERENGGANU.
jasa cegu saya kenang.
terima kasih cikgu!
dan..
buat guru 'sebenar' di luar sana yang tak pernah jemu mendidik.
SELAMAT HARI GURU!
16 MEI 2009

12 Mei 2009

kenapa wanita cepat nampak tua.

kaum wanita khususnya yang bergelar isteri dan ibu cepat nampak tua atau tidak menarik di pandang mata.
kenapa ye??

erm..
jom kita tengok....
.
1. tahu tak, kalau kita makan dengan perlahan dan kunyah makanan sehingga benar-benar hancur dapat membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk. tapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju-laju. nak kunyah pun tak sempat. masuk-masuk je telan terus sebab anak dah menangis, nak pergi tengok apa yang tak kena, nak pujuk.
tapi si suami pula layan je sambung makan. buat-buat tak tahu. buat-buat tak de telinga.buat-buat pekak. nati betul-betul pekak baru tahu.
jadi, wanita atau kaum ibu pun mudahlah jadi gemuk sebab tak sempat nak hadam makanan betul-betul
.
.
2. wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tak suka membazir. jadi mesin penghadam makanan. tukang habiskan makanan si anak, sayang katanya, takut membazir. membazir itukan amalan syaitan.
si suami ni pulak dengan muka jeleknye pula mengatakan "KAU NI KUAT BETUL MAKAN".
ntah apa-apa je si suami nih.
.
.


3. bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya tido mati. kalau ada yang dengar pun, buat-buat tido lena sebab malas nak bangun, sayang masa tido katanya. wanita atau si ibulah yang bangun berpuluh-puluh kali satu malam buat susu anak. dahla penat buat keja rumah, malamnya tido jaga-jaga. bila tak cukup tido mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. kedut-kedut pun mula muncul. masa tu gunalah Total Effect ke, ape ke, tak kan nak hilangnya.

kan antara petua untuk tu minum air masak banyak dan TIDUR SECUKUPNYA.
kalau tak cukup tido macam mana nak cantik'hehe.
.
.
4. bagi wanita berkerjaya pula, sudahla penat bekerja untuk bantu suami tambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dia kena uruskan. dahla duit gaji pun suami kebas gak, haih'tak cukup dengan duit gaji sendiri, gaji isteri pun dia sapu. dengan perangai anak-anak, perangai bapaknya, nak itu, nak ini, mananya tak membebel, tak marah-marah. dan bila marah-marah, banyak berleter, cepatlah jadi tua.
.
.

kesimpulannya....
wanita cepat tua dan gemuk adalah disebabkan oleh lelaki atau lebih tepat lagi oleh mereka yang bergelar suami.
oleh itu lelaki-lelaki sama ada yang dah atau bakal bergelar suami di luar sana,
hargailah segala pengorbanan isteri anda dan terimalah dia seadanya.
mungkin jika sehari sahaja isteri anda tiada dan anda perlu memikul tanggungjawabnya buat sementara waktu, anda mungkin tidak dapat melakukannya sama seperti dia.
.
.
sayang.sayang.sayang.
.
.
.
p/s: tak ada kaitan ngan sesape.jangan terasa. kalau terasa tu kalian punya pasal.hihi~




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...