macam-macam kisah yang dialami sepanjang tempoh praktikum. ada yang suka, ada yang tak suka. ada yang rasa nak marah, ada yang rasa nak gelak. haha ape pun praktikum tetap diharungi dengan tabah. kalau rasa tak suka, ada yang tak berkenan di hati tu normallah. tak semua benda best dan sempurna macam yang kita nak. kalau rasa ada yang best tu, cuba alihkan perhatian, banyak lagi benda-benda lain kat sekolah tu yang boleh buat kita seronok. *senyum :)
salah satu perkara yang saya suka bila bosan kat sekolah adalah relief kelas tahap 1 terutamanya darjah 1. kelakar relief kelas darjah satu. haha *gelak jap.
salah satu benda yang paling kelakar pernah saya buat masa relief adalah pertandingan senyap. haha *gelak lagi. pertandingan ni sesuai dijalankan bila cikgu penat, malas nak buat aktiviti apa-apa. relief kelas tahap 1 terutamanya darjah satu kena ada aktiviti, tak boleh biarkan murid buat kerja sendiri dengan harapan mereka akan duduk diam. kalau buat jugak, harapan tinggal harapan jela. 5 minit je diam lepas tu kelas akan bertukar jadi medan perang. jadi, kepada cikgu-cikgu relief, boleh cuba laksanakan pertandingan ini. haha
cikgu; murid-murid, hari ini cikgu nak buat satu pertandingan. nak main tak?
murid-murid; yeayyyy! nakkk. *kelas riuh-rendah kejap.
cikgu; ok, kalau nak, dengar cikgu cakap dulu. *kelas senyap. nama pertandingan ni pertandingan senyap. haaa pernah main tak? *cikgu tanya sambil control nak gelak. haha ;P
murid; hah pertandingan apa cikgu? *buat muka tak percaya.
murid lain; pertandingan senyap? tak pernah dengar pun *muka blurr.
selain murid tadi; peliknya nama pertandingan cikgu. *muka confius.
cikgu; haa tak pernah main kan? tak tahu kan macam mana? macam mana nak tahu kan cikgu belum bagitahu lagi. ni dah sedia nak main belumm.
murid-murid; dahhhh.
cikgu; cikgu tak dengar, kuat-kuat sikit. dah sedia nak main belummmm???
murid-murid; dahhhhhhhhhhh! *muka teruja. haha
cikgu; oke kalau dah sedia bagus. dengar syarat-syarat pertandingan. pertama- tak boleh bercakap, tak boleh bising. kedua- tak boleh berjalan.
murid; ooo macam tu je ke cikgu. senang jee * muka teruja lagi. haha
cikgu; haa senang je kan syarat-syarat dia. pertandingan ni akan dimulakan bila cikgu kira sampai tiga. dah sediaaa nak mulaa belummm??
murid-murid; dahhhhhhh! *semua buat muka teruja dan buat gaya ala-ala bersedia nak mula.
cikgu; oke, sediaaa 1!, 2!, 3! *sambil sengih2 nak gelak.
murid-murid; semua senyap kat tempat masing-masing.
;p
bila ada yang bunyi suara potong markah kumpulan. setiap kumpulan bagi 5 markah tick2 je kat papan putih. bising pangkah satu. murid-murid akan senyap dan ingatkan rakan-rakan yang lain sekali. hehe
#masa relief tinggal lagi 5 minit.
cikgu; oke murid, sekarang pandang depan. kita tengok kumpulan mana yang dapat markah paling banyakk?
murid-murid jawab.
ganjaran;
kumpulan yang kalah tak dapat apa-apa.
naib johan dapat sepuluh tepukan dari rakan-rakan kelas.
johan dapat sepuluh tepukan beserta sorakan "KAMI JUARA".
cikgu; *dalam hati. macam ni pun bolehh? hehe ;p
#cikgu keluar kelas sengih sorang-sorang nak gelak. haha
ps: jangan sesekali cuba buat pada murid tahap 2. confirm kena bantai gelak dek budak-budak. haha :D
#cikgu sengih senang hati.
![]() |
| -google- |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan