Pengikut

Memaparkan catatan dengan label praktikum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label praktikum. Papar semua catatan

29 April 2012

cerita cikgu # 3


cikgu : Halmi, ni huruf apa? *sambil tunjuk kad huruf a, b, c.

Halmi : huruf a

cikgu: bagus. yang ni pula huruf apa? *sambil tunjuk kad b.

Halmi: b

cikgu: pandaiii. oke cuba bagitahu cikgu yang ni pulak huruf apa?

Halmi: huruf c

cikgu: waahh pandainya Halmi. *sambil tersengih gembira melihat Halmi dah dapat kenal dan ingat huruf :) ok. cuba Halmi ulang balik. yang ni huruf apa? *tunjuk huruf a

Halmi: a

cikgu: yang ni? *tunjuk huruf b


Halmi: b

Cikgu: ok yang ni? *tunjuk huruf c


Halmi: c

cikgu; ok bagus. yang ni ? *tunjuk balik huruf b

Halmi: k

cikgu: Haaa huruf apa?

Halmi: k

cikgu: Halmiii..

Halmi: j

cikgu: Y_Y    isk.isk


mengajar murid pemulihan perlukan kesabaran yang bukan sedikit. maafkan cikgu andai cikgu kadang-kala hilang sabar mengajar kalian. praktikum baru permulaan kepada sebuah perjalanan kerjaya yang pada asalnya cikgu kerap mengeluh dan merungut "kenapa aku?", "kenapa bidang ni"?. Lama-kelamaan cikgu mulai sedar yang Allah dah tetapkan jalan ini pada cikgu. ini adalah amanah dan tanggungjawab yang cikgu mesti pikul sepenuh hati. Allah akan hitung setiap perbuatan dan amal kita walau sebesar zarah. lagipun kita hidup di dunia ini bukan untuk kepentingan diri sendiri sahaja melainkan untuk bagi manfaat pada masyarakat sama. bidang ini adalah bidang yang paling tepat. hari ini, setelah tamat praktikum ,cikgu cuma mahu mohon agar Allah tingkatkan kesabaran dalam diri cikgu agar cikgu dapat memberikan yang terbaik buat kalian, murid-murid cikgu. 

# praktikum hanyalah titik permulaan kepada sebuah perjalanan yang panjang. segala perbuatan dan tingkah kita dalam perjalanan tersebut akan diperhatikan dan dicatat. destinasi akhir tempat perhitungan. sama ada terlepas atau didakwa, ditentukan oleh sikap dan pilihan kita hari ini.

# semoga Allah memberkati perjalanan hidup hamba-Mu ini -seorang guru mentah yang baru belajar.


google

20 April 2012

cerita cikgu # 2

relief kelas tahap 2 lain pulak ceritanya. duduk dan tengok je murid-murid, baca paper, buat rancangan mengajar kalau tak siap lagi. tak susah nak kawal murid.


Relief kelas tahap 2 ---


masuk kelas, bagi dua pilihan untuk murid pilih ; 


cikgu; kamu nak buat kerja sendiri atau nak cikgu bagi kerja?

murid-murid; nak buat kerja sendiriiiiii *serentak.

cikgu; oke, kamu boleh buat kerja sendiri tapi dengan syarat jangan bising. nak bercakap, nak main, nak buat apa sahaja boleh asalkan cikgu tak dengar suara kamu. boleh?

murid-murid; oke cikgu! *dengan sengih2 dan buat muka hampir nak bersorak.

cikgu; kejap, belum habis lagi, jangan nak excited sangat~ kalau cikgu dengar suara kamu macam mana?

murid-murid; denda! 

murid lain; ketuk ketampi cikgu.

murid lain lagi ; cubit!

selain murid tadi ; cikgu rotan!

cikgu; kamu nak ke cikgu rotan kamu?

murid; taknakk! *dengan sengih2 lagi.

cikgu; haa tahu punn. denda cikgu senang je. siapa bising diri depan. boleh??

murid: oke cikgu! hehe *buat muka teruja lagi.


murid pun cari geng masing-masing main. masa ni kalau tengok macam-macam jenis permainan ada. main pemadam, bola kertas. aishh mainan zaman-zaman saya kecik-kecik pun budak-budak ni masih main. macam tak ada mainan lain je nak main. haha nak tergelak pun ada.

kelas sedikit bising, mula dengar suara-suara sumbang yang seronok bila menang. cikgu pun apa lagi;


cikgu; awak! *murid tertoleh-toleh arah saya pandang. haa ye awak. yang cakap kuat tadi kan. cikgu dengar suara awak. keluar depan.

murid; alaa *keluar sambil buat muka kesian.


#ada aku kesah. haha 

kelas kembali senyap. kumpulan yang bising je panggil depan. hasilnya, kelas sentiasa senyap bila murid-murid yang sebabkan kelas bising ada kat depan. kalau duk depan bercakap lagi, diri mengadap papan hitam.wakaka~

*cikgu senyum puas hati. hehe :P


-google-




cerita cikgu # 1


macam-macam kisah yang dialami sepanjang tempoh praktikum. ada yang suka, ada yang tak suka. ada yang rasa nak marah, ada yang rasa nak gelak. haha ape pun praktikum tetap diharungi dengan tabah. kalau rasa tak suka, ada yang tak berkenan di hati tu normallah. tak semua benda best dan sempurna macam yang kita nak. kalau rasa ada yang best tu, cuba alihkan perhatian, banyak lagi benda-benda lain kat sekolah tu yang boleh buat kita seronok. *senyum :)

salah satu perkara yang saya suka bila bosan kat sekolah adalah relief kelas tahap 1 terutamanya darjah 1. kelakar relief kelas darjah satu. haha *gelak jap.

salah satu benda yang paling kelakar pernah saya buat masa relief adalah pertandingan senyap. haha *gelak lagi.  pertandingan ni sesuai dijalankan bila cikgu penat, malas nak buat aktiviti apa-apa. relief kelas tahap 1 terutamanya darjah satu kena ada aktiviti, tak boleh biarkan murid buat kerja sendiri dengan harapan mereka akan duduk diam. kalau buat jugak, harapan tinggal harapan jela. 5 minit je diam lepas tu kelas akan bertukar jadi medan perang. jadi, kepada cikgu-cikgu relief, boleh cuba laksanakan pertandingan ini. haha

cikgu; murid-murid, hari ini cikgu nak buat satu pertandingan. nak main tak?

murid-murid; yeayyyy! nakkk. *kelas riuh-rendah kejap.

cikgu; ok, kalau nak, dengar cikgu cakap dulu. *kelas senyap. nama pertandingan ni pertandingan senyap. haaa pernah main tak? *cikgu tanya sambil control nak gelak. haha ;P

murid; hah pertandingan apa cikgu? *buat muka tak percaya.

murid lain; pertandingan senyap? tak pernah dengar pun *muka blurr.

selain murid tadi; peliknya nama pertandingan cikgu. *muka confius.

cikgu; haa tak pernah main kan? tak tahu kan macam mana? macam mana nak tahu kan cikgu belum bagitahu lagi. ni dah sedia nak main belumm.

murid-murid; dahhhh.

cikgu; cikgu tak dengar, kuat-kuat sikit. dah sedia nak main belummmm???

murid-murid; dahhhhhhhhhhh! *muka teruja. haha

cikgu; oke kalau dah sedia bagus. dengar syarat-syarat pertandingan. pertama- tak boleh bercakap, tak boleh bising. kedua- tak boleh berjalan.


murid; ooo macam tu je ke cikgu. senang jee * muka teruja lagi. haha


cikgu; haa senang je kan syarat-syarat dia. pertandingan ni akan dimulakan bila cikgu kira sampai tiga. dah sediaaa nak mulaa belummm??

murid-murid; dahhhhhhh! *semua buat muka teruja dan buat gaya ala-ala bersedia nak mula.

cikgu; oke, sediaaa 1!, 2!, 3! *sambil sengih2 nak gelak.

murid-murid; semua senyap kat tempat masing-masing. 

;p


bila ada yang bunyi suara potong markah kumpulan. setiap kumpulan bagi 5 markah tick2 je kat papan putih. bising pangkah satu. murid-murid akan senyap dan ingatkan rakan-rakan yang lain sekali. hehe

#masa relief tinggal lagi 5 minit.

cikgu; oke murid, sekarang pandang depan. kita tengok kumpulan mana yang dapat markah paling banyakk? 

murid-murid jawab.


ganjaran;
kumpulan yang kalah tak dapat apa-apa.
naib johan dapat sepuluh tepukan dari rakan-rakan kelas.
johan dapat sepuluh tepukan beserta sorakan "KAMI JUARA".

cikgu; *dalam hati. macam ni pun bolehh? hehe ;p 

#cikgu keluar kelas sengih sorang-sorang nak gelak. haha


ps: jangan sesekali cuba buat pada murid tahap 2. confirm kena bantai gelak dek budak-budak. haha :D


#cikgu sengih senang hati.

-google-





05 April 2011

jangan marah2. tapi tegas.

arini takde kelas tapi kena relief 3 kelas. 4 Intan, 6 Delima dengan 2 Nilam.


babak 1
masa ke3- jam9.00

mula-mula masuk kelas 4 Intan masa ke-3. subjek sivik. 4 Intan ni kelas paling hujung, jadi mula-mula masuk tu kelas agak huru-hara. biasalah cikgu sebelum tu dah keluar jadi diorang main-mainla. ada 2 group budak laki yang main bola dengan kertas. alah yang buat dengan kertas-kertas 2, yang lipat dua kertas pastu bila nak sepak tu tekan kertas tu nati bola tu akan bergerakla. korang pernah main tak ni kecik-kecik dulu. tahu2? pas2 ada group yang main dam ular, ada group yang main haji kat belakang kelas. duduk bersila bukan main lagi. aku masuk aku diam kejap pastu aku jerit suruh duduk tempat masing-masing. diorang tak dengar. yelah, suara aku bukanlah kuat mana. ada yang dengar, dah kalut-kalut "weyy cegu weyy cegu!" diorang tengok aku tapi xlayan.terus je main seolah-olah aku ni tak wujud. *hampeh punye budak. 

oke, tak boleh jadi ni.

aku tengok group yang main bola suruh diorang simpan. oke diorang simpan dan berdiri kat meja. aku tengok group belakang. aku bagi isyarat suruh simpan. oke diorang bangun jugak akhirnya dan duduk kat tempat masing-masing. aku diam lagi. tengok je. akhirnya diorang sedar yang diorang tak duduk2 jadi sume senyap dan tengok aku. budaya sekolah tu selagi cikgu tak suruh duduk budak tak kan duduk. sape yang duduk aku akan tanya "ada cikgu suruh duduk?". pas2 diorang akan bangun balik. aku pun tengok je diorang. aku tengok sape yang tak berdiri tegak, sape yang goyang-goyang. aku tengok sampi sume tegak. bila sume dah tegak, senyap, baru aku tanya.

"sape ketua?"

sorang angkat tangan.

aku pun cakap sepatah.

"oke".

lepas tu dia bagi salam dan baca doa. 
aku pun edarkan crossword puzzle yang memang aku photostat siap-siap sebelum masuk kelas.
budak-budak buat dengan tenang dan aman. haha selesai sebabak. tak perlu jerit-jerit cakap dengan kuat ok. cakap slow je. budak2 pun tengok enjoy je buat keja.

tapi before kuar tu sempat aku tengok jadual. ces! rupa-rupanya aku salah masuk kelas. lambat. aku masuk kul 9, dah masa keempat, sepatutnya masa ketiga, jam 830. nasib baik guru besar tak round. kalau tak mati aku.adoi~

babak kedua.
masa ke-8. jam 1050. 

6 Delima. minggu lepas pernah sekali masuk kelas ni. relief jugak. agak tak dengar cakap, bising, dan kurang rasa hormat pada guru. bagi kerja relief pun tak buat ( kat sekolah ni memang disediakan satu fail kat setiap kelas untuk relief, dalam tu ada soalan2. kalau relief takde aktiviti nak buat boleh bagi soalan tu suruh budak buat). dulu aku masuk pun aku tak jerit2, sebab aku dah penat masa tu, dah penat menjerit sehari suntuk, tambahan pula budak-budak dah besar. aku nak cakap kat depan pun rasa segan, diorang lagi besar dari aku  kot. tapi bising la kelas, budak-budak tak ikut arahan. 

kelas tu agak bising masa aku masuk. budak-budak tak perasan aku masuk. biasa masuk kelas aku bawak beg tapi kali ni aku bawak buku rph dengan pensil case je. buku rph kan tebal. aku jalan sampai meja guru pas2 aku sengaja letak buku rph tu, lepaskan je atas meja 2 suh bunyi kuat. haha budak2 perasan aku masuk lepas tu ketua bagi arahan berdiri. dah berdiri pun masih nak bercakap. aku diam dan tengok je kelas kiri kanan sampai budak-budak senyap. mana yang bercakap, mana yang goyang-goyang tak diri tegak, aku tengok sampai dia diam dan diri tegak. bila sume dah tegak, aku tunggu lama sikit. lepas 2 aku tengok ketua, cakap sepatah

 "oke".

ucapan salam dan baca doa. lepas tu sume duduk. aku tanya ada kerja tak nak buat. diorang cakap ada, buat kad. kerja cikgu yang sebelum ni tak siap lagi. jadi aku bagi diorang siapkan kerja 2. aku round dan tengok sapa yang buat dan sapa yang tak buat. sapa yang aku tengok takde kad atas meja aku tanya 

"mana kad, dah siap?"

"dah."

"keluarkan cikgu nak tengok".

erkk. 

oke dia tipu. tak siap pun lagi. bukan setakat tak siap, tak buat. aku tunggu sampai dia keluarkan kertas dan buat. haha tahu pun kau nak buat ye. :P

dah sudah round tu aku pun dudukla kat meja guru. buat rph aku yang xsiap2 lagi. kejap tu kelas bising balik. budak-budak berjalan. 

"awak bagi arahan suruh semua berdiri". aku bagitahu budak yang duk depan meja guru tu.

budak tu bangun.

"semua berdiriiiii!!! cikgu suruh berdiriiiii!~

mana yang dengar sampai-sampaikan. kejap tu semua berdiri. aku pun cakap. *cakap sambil duduk je malas nak bangun. haha pemalas tol cikgu nih.

" buat kerja sambil berdiri sampai awak senyap". pas2 aku sambung buat rph aku.

bila dah senyap baru aku bagi duduk. tak lama, kejap je diorang dah senyap balik.

lepas 2 kelas dah tak bising dah, ada je yang berjalan tapi tak kisahla sebab diorang buat kad, bukan kena buat latihan ke apa. asalkan tak bising dahla.

tak lama lepas tu masa relief aku pun habis. diorang cakap terima kasih aku pun kuar. haha c~ tak perlu penat2 menjerit. kita tak penat, budak pun oke je. enjoy je buat keja. tak takut pun nak datang tanya2 ke apa.
selesai babak 2. ^^

babak 3
masa ke-9. jam 1120.

aku masuk kelas 2 Nilam. budak-budak tengah hiruk-pikuk. ada beberapa orang duk depan tengah conteng-conteng kat papan hitam, beberapa orang tengah berebut penyapu dengan penyodok, beberapa orang yang berlari-lari dan ramai lagi budak-budak yang melakukan pelbagai aktiviti bising yang aku tak larat nak listkan. masuk tu aku ketuk2 papan hitam dari hujung ke hujung. suruh diorang duduk tempat. lepas tu aku berdiri depan kelas. aku suruh ketua bagi arahan berdiri kat tempat masing-masing. ada budak tak dengar. aku diam dan tengok je keadaan kelas tu. makin lama makin senyap. ada lagi budak yang tak berdiri. aku bagi isyarat kat kawan depan dia, suruh dia berdiri.

" kasmini (bukan nama sebenar), cikgu suruh bangun!!" 

oke, dia sedar, dia pun berdiri. ada lagi budak yang duk bergosip-gosip kat depan, tak duduk tempat masing-masing. aku mintak budak depan aku bagitahu diorang.

"oke awak, bagitahu diorang suruh duduk tempat masing-masing".

dia pun bagitahu. "weyy aisyah, berdiri kat tempat kau!" pas2 ada budak-budak lain menyampuk "weyy duduk tempat! bla..bla..bla.. akhirnya semua budak duk tempat masing-masing.

ada yang bercakap, ada yang goyang-goyang lagi. aku senyap dan tengok je. lama-lama kelas sunyi sepi semua budak duk tegak.

aku pun tengok ketua. cakap sepatah.

"oke'.

"assalamualaikummmm cikgu aqliliiiiiiiiiii~"

baca doa.

lepas 2 aku diam lagi. aku tanya.

"lepas ni nak bising lagi tak?"

"tak nak!!"

"lepas ni nak bising lagi tak?"

"tak nak!!"

"lepas ni nak bising lagi tak?"

"tak nak!!"

tengok sume dah oke aku bagi isyarat duduk.

"terimaaa kasihh cikguu aqliliiii~" :P

aku mintak diorang betulkan meja dan bersihkan kelas. dah siap sume diorang pandai pulak duduk tempat masing-masing dan senyap. *haha tahu takut.

lepas tu aku tanya sama ada diorang nak melukis tak. nak, jawab mereka. tapi ada beberapa orang yang tak nak melukis.

"angkat tangan sapa yang nak melukis". 

majoriti angkat tangan nak melukis.

"angkat tangan sapa yang tak nak melukis"

ada 2 orang.

aku mintak yang tak nak melukis keluar, diri kat depan. sementara tu aku bagi kertas lukisan pada budak2. 

aku mintak diorang diri sampai balik.haha lepas aku siap bagi kertas pada budak-budak lain aku tanya balik..tanya slow je.

"kamu nak melukis ke tak?"

"tak nak cikgu."

"kamu nak melukis ke tak?"

"emm lukis ape cikgu?"

"bebas".

"nak la cikgu."

"oke bagus, ambik kertas lukisan ni. duduk tempat".

taw pun nak :P. haha lepas tu aku pn bagi tajuk. tak mawla lukis bebas. nanti ntah pape diorang lukis. tajuknya 'orang yang saya sayangi/ haiwan yang saya sayangi'. boleh pilih mana2.

"cikgu, macam mana lukis baby".

ekk. baby? aku pun lukis gambar baby kt papan hitam.

"semua tengok, ni gambar apa??"

"babyyyyy!!!!"

"cantik tak baby yang cikgu lukis ni"

"cantikkkkkk cikguuuuuuuuu!!" sekelas jawab sambil sengih2. haha aku pun tergelak. aku tahu diorang tipu. lukisan aku ntahpape. haha

budak-budak pun sambung melukis dengan aman damai tanpa bising-bising. aku pun boleh rilek2 tanpa perlu tension2. tak perlu jerit oke. aku cakap slow je. ^^ tak penat. budak2 enjoy, cikgu pun enjoy. :)

*aku mintak ketua kutip dan hantar kat bilik aku lepas semua siap. tengok2 lukisan budak ada budak tiru lukisan baby aku. haha cun ape baby tu :P.


jangan garang, jgn marah2. tapi tegas. budak2 akan hormat dan dengar cakap kita. marah2 cuma buat kita penat.


aku pelajari sesuatu pada hari ini. :)




30 Mac 2011

sayangabah :)

serius. praktikum ni sangat penat. tak terbuat aku kerja-kerjanya. ngan rph, abm, projek2 sekolah, esaimen. tak cukup masa dengan kudrat yang perlukan rehat nih.


rasa macam tak tahan sangat. aku mesej abah tengah malam 2.


ABAH, LETIH PRAKTIKUM~ :(


pagi esoknya baru abah reply:


BRSABARLAH..UTK MENEMPA KEJAYAAN BUKNNYA MUDH. MSTI LALU JLN YG SUKR..KITA MESTI PANDAI BG MASA DN KUAT SMNGAT.


cuuuu~ air mata aku kuar. haha aku memang tak boleh kalau abah aku cakap. aku jarang nak mengadu, jadi sekali aku mengadu dan abah bg semangat. mesti aku sebak :P



22 Mac 2011

hari 2



hari kedua praktikum~
harapnya sume berjalan lancar~
kesihatan juga bhaek2 saja.
hu~


hari ni dah start kena buat RPH. esok mahu mengajar.
perlu mula awal supaya hasilnya baik2 aje walaupun masih lagi sedikit blurr macam mana nak ajak budak nih.adoi~
oke2 takpe. kak jasmin a.k.a cegu pemulihan sekolah tu ada. boleh mintak tunjuk ajar beliau~


harini juga mungkin dah kena start buat projek 'KENALI MURID'. pegi satu2 kelas ambik2 gambar setiap murid dan letak nama murid. print out dan bagi pada guru yang mengajar kelas tersebut. objektifnya supaya guru kenal setiap murid dalam kelas mereka. takdela tertukar-tukar. lepas tu mungkin akan bincang untuk projek kedua, buat gelanggang bola baling. kena siapkan before minggu depan rasanya.


oke maw pegi sekolah suda~
doakan sumenye baik2 aje.
daa~







21 Mac 2011

praktikum

mula-mula sekali jangan kisah pasal tulisan kat blog aku sebab aku tahu memang tak cantik. haha aku tekan2 ape ntah ingat nk tambah font kt new post ni sekali font yang tu tukar. aku tengok pun serabut malas nak ubah lagi. biarlah dulu.

oke, arini dah start praktikum. hari pertama untuk praktikum pertama. apa ntah aku nak cite. haha aku malas la nak update badan aku penat. arini balik sekolah dekat kul 4 sebab lepas sekolah tadi jumpa PK selesaikan terus pasal jadual waktu bagai2. pagi 2 PK sibuk 2 yang jumpa lepas sekolah. papepun sekolah tu memang terbaik. best. dari  guru besar, PK, kerani, guru-guru semua oke. cegu pemulihan pun oke. muda lagi baru 3 tahun posting.balik-balik sampai bilik aku dah muntah2 sebab perut masuk angin, tak makan pagi tu. dak2 ni makan lepas sekolah tu aku tengok je, perut tak sedap nak makan. kena tido rehat2 dulu baru boleh makan. pastu aku tido smpai petang. haha penatnye macam apa je.

untuk kokurikulum aku pilih tunas puteri dengan bola tampar. jadual waktu pun aku pilih sendiri nak ajar apa, masa bila2. syok habis. memandangkan boleh pilih sendiri jadi aku ambik kelas pemulihan je sume 8 waktu tapi bahagi 2 la BM dengan Math.

oke tu aje. malas nak update banyak2.

*tetiba perasaan masa first sbe 2 datang balik masa hari fisrt praktikum. macam mana aku tak rasa down. :'(.
bagi semangat pliss~





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...