result exam dah dapat. semester ni paling awal dapat tahu result sebab pegi kelas pagi2 lagi dah nampak orang beratur kat SUP. kalau bukan sebab nak ambik result dan urusan2 yang berkaitan dengan peperiksaan takdenya orang nak pergi SUP. kalau ramai2 orang depan SUP awal2 sem ni tak lain tak bukan nak ambik result la 2.
aku pun dah ambik result walaupun pada mulanya takdela excited sangat pun nak ambik. tunggu orang takde dulu baru gi ambik malas nak beratur panjang. hee alhamdulillah. result ok. sangat ok. tak sangka pun ye boleh banyak tu. gembira. biasala bila kita rasa gembira ke apa kan mesti kita nak share dengan orang. tapi tak tahu lak nak share ngan sape. yela nak share ngan kawan2 pun diorang sume lagi tinggi segan la pulak ti apa kata orang kan result takdelah tinggi mana tapi lebih2 lak. haha segan i u.
nak gembira lebih2 kan tak sampai hati jugak. yela tak semua orang berpuas hati dengan result masing2. cam kita la kalau kita rasa sedey ngan result kita dan tengok kawan2 gembira lain macam je mesti ada satu rasa macam..macam..macam mana ntah nak cakap tapi sedeyla. mungkin tak tunjuk tapi jauh kat sudut hati tu mesti ada rasa tu. kan2?
kita kena jaga hati setiap orang yang ada di sekeliling kita *ni ayat masa aku sedar diri masa tak sedar xyah cakapla aku wat takde perasaan je. haha
jadi aku pun mengambilla jalan selamat untuk tidak menunjukkan sangat perasaan tu tapi jauh di sudut hati aku rasa nak melonjak, gembira yang amat. dan buat pertama kalinya aku hampir-hampir mengeluarkan air mata untuk sesuatu yang macam ni. haha yela untuk orang2 yang tak berapa rajin nak study gila-gila dan tak kuat ingatan cam aku ni dah cukupla tu.
tapi aku percaya setiap apa yang kita buat mestila ikhlas baru nampak 'kemanisan' benda tu walaupun benda tu adalah sesuatu yang kecil.
tapi apa kaitan ikhlas ngan boleh jawab ke tak boleh jawab exam lak ni?
haha ikhlas 2 takde ngan kaitan dengan cerita masa tengah jawab exam, tapi berkait ngan cerita sebelum jawab exam. semua benda yang kita buat cuba ikhlas kan diri, walaupun kerja yang kita buat tu kecik je, oang tak pandang pun. kalau ikhlas , keberkatan tu lebih lagi. ikhlas dalam belajar, buat esaimen bagai2. keberkatan tu penting ok.hehe
semua ni untuk abah dan umi. takde yang lebih mengembirakan buat masa ni melainkan dapat bagi keputusan yang terbaik dalam peperiksaan. menunjukkan yang aku betul-betul serius belajar. haha serius ke? yela sebelum2 ni asyik gagal je, pmr/spm semuanya hancur.
nak besarkan rumah tak mampu lagi, nak belikan keta aku sendiri pun tak reti bawak keta, nak hantar pegi haji pun tak berduit, nak bagi duit belanja aku sendiri masih mintak lagi, haha macam mana nih. jadi buat masa sekarang tu ajelah yang mampu aku buat, belajar untuk dapat yang terbaik dalam hidup.
tapi sebab terlalu nak jadi cemerlang aku jadi paranoid. *ntah betol ntah tidak aku guna perkataan nih haha.takut. takut aku tak dapat kejar pointer tuk dapat ijazah kelas pertama atau bahasa omputihnya first class degree.ngee~
nak grad dengan FIRST CLASS DEGREE!!! chayok2~ ^^
*kecerdasan pelbagai. kita akan lebih cemerlang bila kita kenal diri sendiri. nak ikut cara belajar orang lain boleh tapi sesuaikan dengan kebolehan diri. good luck!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan