harini khamis.esok jumaat.lusa sabtu. tulat ahad.ahad dah raya. tapi aku masih kat sini. bumi cheras yang terchenta.hoho. kali ni pon macam kali2 yang lepas.macam biasa. aku balik lewat sekali. hampeh betol. cukup tak suka bila kena tinggal sorang2 kat hostel, kira detik waktu nak naik bas. masa ni ase nak patah2kan je jarum jam saat ngan minit yang bergerak cam siput sedut pose. ok. jarum saat boleh dimaafkan lagi sebab nampak usaha dia nak pecut tu walau kadang semput. tapi jarum minit sorilah, tak dapat dimaafkan walau raya lagi 2, 3 hari. takde istilah maaf zahir batin kat sini. jarum jam? T_T
8 tahun duk hostel, tu fenomena biasa, dah kalis, dah takde perasaan. ermm yeke dah tak rase ape bila tengok orang len balik awal. haha tipulah. jeles. ye. serius aku jeles. jeles bila tengok orang len tersengih-sengih bitau kelas dia balik hari sekian2-awal. jeles bila tengok orang lain excited packing barang berbeg2 sedangkan barang kita tak pilih pon lagi nak bawa balik yang mana satu *wtpe packing awal kalau lambat lgi nk balik,huhu. jeles.tambah2 jeles bila orang ketuk2 pintu bilik nak salam bitau dia dah nak pergi, lambai2 riang ria sambil turun tangga. aku? masuk bilik kunci pintu.tido! agak2 dah tak boleh tido lagi, bangun tengok hostel yang sunyi-sepi. sayu.sayu bila tengok ampaian kosong.haha warna-warni baju dah xde. hostel kembali suram. masuk kemas bilik, packing barang siap2, pilih mane yang nak msuk beg, mana yang nak pegang, mana yang nak pakai nanti.agak2 dah puas hati.letak beg tepi pintu. tengok jam American Polo kaler silver yang abah bagi. masih awal.tunggu lagi.adoiyai~ sabar jela.
cakap cam xpernah balik awal jek.haha.pernahlah. sape cakap xpernah. beberapa kali jek. hepi kalau boleh balik awal dari orang lain. muak riak semacam. bangga. haha. bangga bila dapat bitau orang len kita balik awal. eksyen.eksyen bila dapat packing2 barang time orang lain sibuk buat keja. muka riak kelihatan bila dapat salam n lambai2 orang dari luar bilik.haha suka.
takpe, pape pun bersyukurlah. sekurang-kurangnya masih di Malaysia. masih di semenanjung. takde laut yang memisahkan kita.haha.ntahpape.mengarut je bila takde org nih.bosan dowh~
dah.
nk pi bazar.
sblm tu kena cari manusia2 yang masih ada kat sini.
huuu~
SELAMAT PULANG KE KAMPUNG MSING2.
HATI2 DI JALAN RAYA.
HATI2 JUGA SEMASA BERAYA.
",)
Selamat Hari Raya!! Maaf Zahir Batin.. hehe
BalasPadamselamat blk kg dn brhari raya!
BalasPadamrindoo kamu!!^^
kacipcrew> slamt hari rye gak..maaf zahir je..haha
BalasPadamsunnymiso> slmt hri rya gk..xblk ke taun bgi..ti bgi slm perantau eh,hehe..