aku adalah saya dan aku tetap saya...
saya punya kehidupan sendiri dan saya bahagia ngan cara hidup saya.
anda di luar sana jangan berani-berani masuk campur hal hidup saya bilamana saya tak masuk campur hal hidup anda..
hanya mereka-mereka yang pernah membuat saya tertawa dan mencorakkan hidup saya sebagaimana bangunnya saya hari ini berhak mengkritik dan melahirkan arahan untuk saya ikuti..
jika anda rasa anda pernah hadir dan menabur walau segenggam jasa dalam hidup saya, anda berhak!!
jika tidak, jangan cuba-cuba!! sb anda tidak akan dilayan..bt penat je, haha...
atas ni saje je..intro...bawah ni baru betul..hee~
hidup ni kita yang punya..
kita punya hak untuk menentukan setiap tindakan yang kita lakukan serta menentukan hala tuju hidup kita selagi tidak bertentangan dengan syarak, akidah dan akhlak.. tidak perlu hidup dalam kawalan orang lain sebab mereka yang hidup bawah kawalan orang lain tidak ubah seperti hamba yang merupakan manusia biasa sama seperti orang lain bezanya cuma kita bebas bertindak manakala seorang hamba kehilangan kebebasan untuk bertindak. ada kemahuan, ada keinginan tetapi tidak boleh melakukannya kerana terikat dan rasa kebergantungan kepada orang lain.
pasti dan pasti..
kita punya harapan..
tapi kita simpan harapan tu dalam poket doremon..

kita punya suara hati..
tapi kita mendengar suara hati sizuka...
kita punya keinginan..
tapi kita kuburkannya kerana si Giant gendut..
kenapa??
sebab kita terikat dengan orang lain..
rasa kebergantungan kepada orang lain.
haih'bebaskanlah diri dari rasa2 ini..
merdekakan diri dari kawalan orang lain..
jangan terlalu banyak makan budi orang, bahaya!!
nati mengalami masalah kegendutan'hah'tak ke naya..
haha takdela'sebenarnya..
bila kita makan budi orang, orang lain dh takde budi nak makan'tak ke kesian kat diorang..
tak baik ambik rezeki orang, kacau periuk nasi orang...
nati kalau diorang balas balik, kacau periuk nasi kita, apa kita nak makan?? hah'jawab2,apa kita nak makan??!!
alah wat malu je kalau soalan sebegini mudah pun pikir lame nk jawab..
apa susah, pegi jela beli kat kedai, kedai makan berlambak kat luar tu'sedap2!! pilih je mane yang berkenan di lidah'lepas tu bayar!! hah settle'xpayah susah2 nak masak'bijak tak idea saya' hahah dah tahu dah'tak payah puji-puji..
alamak'dah melencong ke lain..
jom buat U turn balik ke Jalan Budi sebelah perkampungan orang-orang gendut..

erm..
bila kita termakan budi orang, secara automatiknya kita terikat dengan beliau dan membiarkan diri kita dikawal..
hah tu nak buat ape tu'
Ooo geleng kepala ye..
alaa tak payahla duk geleng-geleng kepala kata tidak, takde maknanya..
kita dikawal tanpa kita sendiri sedar, tak perasan yang segala tindakan yang kita buat sebenarnya daripada keputusan orang lain-> kadang-kadang dan sesetengah orang je ouhkeh'tak semua.. tapi nilah dia lumrah hidup. hakikat. nak tak nak, suka tak suka kita kena terima..
tapi takkanla bila dah sedar,dah tahu, terima bulat-bulat je..terima seadanya kata orang..haih ape punye pemikiranla..dah sedar, dah tahu ambikla tindakan..ubah!! kite berhak membuat pilihan..kita kan pengguna yang bijak..
mereka yang biasanya buat kita terhutang budi ni biasanya insan-insan yang baik..insan-insan yang berniat nak menolong tanpa mereka sedar mereka sebenarnya dah merebut tali stereng hidup kita..membuat kita tak sampai hati nak menolak budi mereka sehingga budi-budi mereka terus subur dalam diri dan kehidupan kita. impaknya, kita terus terikat dan terikat sehingga terbelit dan akhirnya mampus'haha opss terkejam lak..
kita ada cara kita sendiri, ada selera sendiri, ada hasrat dan keinginan sendiri.. kalau bantuan yang buat kita termakan budi tu selari ngan cara dan jiwa kita takpe..tapi kalau tak selari macam mana, tak ke menyeksa diri..jasad kononnya taat, patuh, hakikatnya jiwa memberontak dalam diam..haih' rosak tahap mati masuk lubang kubur jiwa tuh..huhu kesian jiwa..nasib anda la jiwa, sape suh menjadi jiwa kepada insan yang penakut..takut untuk bertindak ikut kepala sendiri.. hey'kita berhak okey!! berhak selagi mana kita tak langgar peraturan dan tak ganggu orang lain.
okeh..
katakan kita buat sesuatu dengan bantuan orang lain, maksudnya macam ikut keputusan orang lain.kita berjaya. kita capai apa yang kita nak.. sekarang pikir, adakah kita betul-betul puas dengan kejayaan kita yang keputusannya didasarnya oleh orang lain. puas memang puas, tapi tahap mana kepuasan tu. adakah kita menikmati kepuasan tu..tidak kan..hati kita tidak sepenuhnya gembira dengan kejayaan tu.kita akan benar-benar gembira dan menikmati kepuasan tu bila kejayaan tu didasarkan daripada diri kite sendiri..puas, puas sampai..sampai..sampai tak terkata-kata!!hahah~
ok baik,
tadi kalau berjaya..
sekarang cuba fikirkan kemungkinan kalau kita gagal..
jangan lupa ye'hidup ni sentiasa ada dua kemungkinan..
dalam konteks topik rapuan kita hari ni, kemungkinan2 yang terpalit adalah::::::::
- BERJAYA
- GAGAL
tadi kita dah tgk kalau berjaya..sekarang kita tengok kalau gagal apa jadi..
hah, kalau gagal apa jadi?? fikir2!!..jangan duk tongkat dagu je tunggu jawapan, nati dagu jadi berlapis-lapis mulala bising..orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa mencari jawapan kepada persoalan yang ada dalam kepala otak tu..
.................................................................................hurm..lamanya pikir..dah ada jawapan belum..ntah2 tak pikir..ahhh suka hati la nak pikir tak..pikir tak pikir tu masalah anda..saya nak bagitahu gak..tapi nak bagitahu apa ey.alamak, lupa..adoiyai..hmm ape ey tadi...adess pelupa betulla..tunggu la kejap...
sementara tu layan dulu iklan penaja nih..

minum milo anda jadi sihat dan kuat!!!yeayyy...
dah2!! sambung balik..
katakan kita gagal..
kita akan mula untuk belajar menyalahkan..
...menyalahkan diri sendiri
...menyalahkan orang lain
...mungkin keadaan juga akan menjadi mangsa untuk dipersalahkan..
pasti dan pasti..tanpa ragu2 dan rasa was2..itu yang akan berlaku..jangan berani2 menidakkan sebab itulah kebenarannya..
kesimpulannya..
ambillah tindakan ikut gerak hati sendiri selagi tidak bertentangan dengan peraturan hidup dan tidak menyusahkan orang lain..meminta pendapat atau pandangan itu tidak salah tapi biarlah keputusannya kita yang tentukan. apa sahaja kemungkinan yang berlaku di kemudian hari, pasti dapat diterima dengan senang hati, terima seadanya..tanpa rasa sesal..tanpa perlu akal berputar ligat mencari alasan, mencari insan2 malang untuk dipersalahkan..kerana jalannya kita yang pilih..keputusannya kita yang tentukan..
selesai sudah..fuhhhh~
dah habis baca jangan lupa tinggalkan 2 hinggit k..takde bende percuma lam dunia nih..
kenapa terkejut??? xpercaya..betulla..tinggalkan 2 hinggit..sape suh baca..ni blog aku.. suka hati aku la nak buat apa pun..hahahah..
hah'macam mana??alah'tinggalkan je kat komen bawah nih..tak susah pun..
0.<
fikir-fikirkan..renung-renungkan..dan..selamat beramal!!!


