Pengikut

05 April 2011

jangan marah2. tapi tegas.

arini takde kelas tapi kena relief 3 kelas. 4 Intan, 6 Delima dengan 2 Nilam.


babak 1
masa ke3- jam9.00

mula-mula masuk kelas 4 Intan masa ke-3. subjek sivik. 4 Intan ni kelas paling hujung, jadi mula-mula masuk tu kelas agak huru-hara. biasalah cikgu sebelum tu dah keluar jadi diorang main-mainla. ada 2 group budak laki yang main bola dengan kertas. alah yang buat dengan kertas-kertas 2, yang lipat dua kertas pastu bila nak sepak tu tekan kertas tu nati bola tu akan bergerakla. korang pernah main tak ni kecik-kecik dulu. tahu2? pas2 ada group yang main dam ular, ada group yang main haji kat belakang kelas. duduk bersila bukan main lagi. aku masuk aku diam kejap pastu aku jerit suruh duduk tempat masing-masing. diorang tak dengar. yelah, suara aku bukanlah kuat mana. ada yang dengar, dah kalut-kalut "weyy cegu weyy cegu!" diorang tengok aku tapi xlayan.terus je main seolah-olah aku ni tak wujud. *hampeh punye budak. 

oke, tak boleh jadi ni.

aku tengok group yang main bola suruh diorang simpan. oke diorang simpan dan berdiri kat meja. aku tengok group belakang. aku bagi isyarat suruh simpan. oke diorang bangun jugak akhirnya dan duduk kat tempat masing-masing. aku diam lagi. tengok je. akhirnya diorang sedar yang diorang tak duduk2 jadi sume senyap dan tengok aku. budaya sekolah tu selagi cikgu tak suruh duduk budak tak kan duduk. sape yang duduk aku akan tanya "ada cikgu suruh duduk?". pas2 diorang akan bangun balik. aku pun tengok je diorang. aku tengok sape yang tak berdiri tegak, sape yang goyang-goyang. aku tengok sampi sume tegak. bila sume dah tegak, senyap, baru aku tanya.

"sape ketua?"

sorang angkat tangan.

aku pun cakap sepatah.

"oke".

lepas tu dia bagi salam dan baca doa. 
aku pun edarkan crossword puzzle yang memang aku photostat siap-siap sebelum masuk kelas.
budak-budak buat dengan tenang dan aman. haha selesai sebabak. tak perlu jerit-jerit cakap dengan kuat ok. cakap slow je. budak2 pun tengok enjoy je buat keja.

tapi before kuar tu sempat aku tengok jadual. ces! rupa-rupanya aku salah masuk kelas. lambat. aku masuk kul 9, dah masa keempat, sepatutnya masa ketiga, jam 830. nasib baik guru besar tak round. kalau tak mati aku.adoi~

babak kedua.
masa ke-8. jam 1050. 

6 Delima. minggu lepas pernah sekali masuk kelas ni. relief jugak. agak tak dengar cakap, bising, dan kurang rasa hormat pada guru. bagi kerja relief pun tak buat ( kat sekolah ni memang disediakan satu fail kat setiap kelas untuk relief, dalam tu ada soalan2. kalau relief takde aktiviti nak buat boleh bagi soalan tu suruh budak buat). dulu aku masuk pun aku tak jerit2, sebab aku dah penat masa tu, dah penat menjerit sehari suntuk, tambahan pula budak-budak dah besar. aku nak cakap kat depan pun rasa segan, diorang lagi besar dari aku  kot. tapi bising la kelas, budak-budak tak ikut arahan. 

kelas tu agak bising masa aku masuk. budak-budak tak perasan aku masuk. biasa masuk kelas aku bawak beg tapi kali ni aku bawak buku rph dengan pensil case je. buku rph kan tebal. aku jalan sampai meja guru pas2 aku sengaja letak buku rph tu, lepaskan je atas meja 2 suh bunyi kuat. haha budak2 perasan aku masuk lepas tu ketua bagi arahan berdiri. dah berdiri pun masih nak bercakap. aku diam dan tengok je kelas kiri kanan sampai budak-budak senyap. mana yang bercakap, mana yang goyang-goyang tak diri tegak, aku tengok sampai dia diam dan diri tegak. bila sume dah tegak, aku tunggu lama sikit. lepas 2 aku tengok ketua, cakap sepatah

 "oke".

ucapan salam dan baca doa. lepas tu sume duduk. aku tanya ada kerja tak nak buat. diorang cakap ada, buat kad. kerja cikgu yang sebelum ni tak siap lagi. jadi aku bagi diorang siapkan kerja 2. aku round dan tengok sapa yang buat dan sapa yang tak buat. sapa yang aku tengok takde kad atas meja aku tanya 

"mana kad, dah siap?"

"dah."

"keluarkan cikgu nak tengok".

erkk. 

oke dia tipu. tak siap pun lagi. bukan setakat tak siap, tak buat. aku tunggu sampai dia keluarkan kertas dan buat. haha tahu pun kau nak buat ye. :P

dah sudah round tu aku pun dudukla kat meja guru. buat rph aku yang xsiap2 lagi. kejap tu kelas bising balik. budak-budak berjalan. 

"awak bagi arahan suruh semua berdiri". aku bagitahu budak yang duk depan meja guru tu.

budak tu bangun.

"semua berdiriiiii!!! cikgu suruh berdiriiiii!~

mana yang dengar sampai-sampaikan. kejap tu semua berdiri. aku pun cakap. *cakap sambil duduk je malas nak bangun. haha pemalas tol cikgu nih.

" buat kerja sambil berdiri sampai awak senyap". pas2 aku sambung buat rph aku.

bila dah senyap baru aku bagi duduk. tak lama, kejap je diorang dah senyap balik.

lepas 2 kelas dah tak bising dah, ada je yang berjalan tapi tak kisahla sebab diorang buat kad, bukan kena buat latihan ke apa. asalkan tak bising dahla.

tak lama lepas tu masa relief aku pun habis. diorang cakap terima kasih aku pun kuar. haha c~ tak perlu penat2 menjerit. kita tak penat, budak pun oke je. enjoy je buat keja. tak takut pun nak datang tanya2 ke apa.
selesai babak 2. ^^

babak 3
masa ke-9. jam 1120.

aku masuk kelas 2 Nilam. budak-budak tengah hiruk-pikuk. ada beberapa orang duk depan tengah conteng-conteng kat papan hitam, beberapa orang tengah berebut penyapu dengan penyodok, beberapa orang yang berlari-lari dan ramai lagi budak-budak yang melakukan pelbagai aktiviti bising yang aku tak larat nak listkan. masuk tu aku ketuk2 papan hitam dari hujung ke hujung. suruh diorang duduk tempat. lepas tu aku berdiri depan kelas. aku suruh ketua bagi arahan berdiri kat tempat masing-masing. ada budak tak dengar. aku diam dan tengok je keadaan kelas tu. makin lama makin senyap. ada lagi budak yang tak berdiri. aku bagi isyarat kat kawan depan dia, suruh dia berdiri.

" kasmini (bukan nama sebenar), cikgu suruh bangun!!" 

oke, dia sedar, dia pun berdiri. ada lagi budak yang duk bergosip-gosip kat depan, tak duduk tempat masing-masing. aku mintak budak depan aku bagitahu diorang.

"oke awak, bagitahu diorang suruh duduk tempat masing-masing".

dia pun bagitahu. "weyy aisyah, berdiri kat tempat kau!" pas2 ada budak-budak lain menyampuk "weyy duduk tempat! bla..bla..bla.. akhirnya semua budak duk tempat masing-masing.

ada yang bercakap, ada yang goyang-goyang lagi. aku senyap dan tengok je. lama-lama kelas sunyi sepi semua budak duk tegak.

aku pun tengok ketua. cakap sepatah.

"oke'.

"assalamualaikummmm cikgu aqliliiiiiiiiiii~"

baca doa.

lepas 2 aku diam lagi. aku tanya.

"lepas ni nak bising lagi tak?"

"tak nak!!"

"lepas ni nak bising lagi tak?"

"tak nak!!"

"lepas ni nak bising lagi tak?"

"tak nak!!"

tengok sume dah oke aku bagi isyarat duduk.

"terimaaa kasihh cikguu aqliliiii~" :P

aku mintak diorang betulkan meja dan bersihkan kelas. dah siap sume diorang pandai pulak duduk tempat masing-masing dan senyap. *haha tahu takut.

lepas tu aku tanya sama ada diorang nak melukis tak. nak, jawab mereka. tapi ada beberapa orang yang tak nak melukis.

"angkat tangan sapa yang nak melukis". 

majoriti angkat tangan nak melukis.

"angkat tangan sapa yang tak nak melukis"

ada 2 orang.

aku mintak yang tak nak melukis keluar, diri kat depan. sementara tu aku bagi kertas lukisan pada budak2. 

aku mintak diorang diri sampai balik.haha lepas aku siap bagi kertas pada budak-budak lain aku tanya balik..tanya slow je.

"kamu nak melukis ke tak?"

"tak nak cikgu."

"kamu nak melukis ke tak?"

"emm lukis ape cikgu?"

"bebas".

"nak la cikgu."

"oke bagus, ambik kertas lukisan ni. duduk tempat".

taw pun nak :P. haha lepas tu aku pn bagi tajuk. tak mawla lukis bebas. nanti ntah pape diorang lukis. tajuknya 'orang yang saya sayangi/ haiwan yang saya sayangi'. boleh pilih mana2.

"cikgu, macam mana lukis baby".

ekk. baby? aku pun lukis gambar baby kt papan hitam.

"semua tengok, ni gambar apa??"

"babyyyyy!!!!"

"cantik tak baby yang cikgu lukis ni"

"cantikkkkkk cikguuuuuuuuu!!" sekelas jawab sambil sengih2. haha aku pun tergelak. aku tahu diorang tipu. lukisan aku ntahpape. haha

budak-budak pun sambung melukis dengan aman damai tanpa bising-bising. aku pun boleh rilek2 tanpa perlu tension2. tak perlu jerit oke. aku cakap slow je. ^^ tak penat. budak2 enjoy, cikgu pun enjoy. :)

*aku mintak ketua kutip dan hantar kat bilik aku lepas semua siap. tengok2 lukisan budak ada budak tiru lukisan baby aku. haha cun ape baby tu :P.


jangan garang, jgn marah2. tapi tegas. budak2 akan hormat dan dengar cakap kita. marah2 cuma buat kita penat.


aku pelajari sesuatu pada hari ini. :)




3 ulasan:

  1. moh menconteng..!=D
    syok giler bace ne..sambil bace smbil bayang..keh3..
    lawak jugak erk....btw, respek ar cg lili kite...
    mmng bakal guru cemerlang muda camnie erh...allalalalallala~~

    BalasPadam
  2. mcm garang je cikgu ni. hehe.
    tp byk cabaran kan jd cikgu..

    BalasPadam
  3. AD--> nati ain pg praktikum leh praktikkan cara nih. bkesan. haha

    GEE--> agak bykla. skrg bkn mcm dlu.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...