tak semua benda dapat kita cerita walaupun pada orang yang paling dekat dengan kita.
nak fahamkan orang dengan apa yang kita alami dan kita rasa sangatlah sukar sebab mereka tak pernah berada dalam situasi kita. sukar nak cari perkataan yang paling sesuai atau paling tepat untuk fahamkan orang. ada antara yang terangguk-angguk cuba memahami tapi kita sendiri tahu yang dia cuma mendengar tanpa dapat faham. tapi takpelah, terima kasih kerana mendengar dan cuba memahami walaupun sebenarnya kau tak faham pun kan.hehe thanks kepada mereka-mereka ini :)
diam bila marah. diam bila terasa hati. diam bila sedih. cuma boleh diam walaupun rasanya sangat teruk. tapi sekurang-kurangnya diam tu takdela teruk mana kalau nak bandingkan dengan kau buka mulut bercakap kononnya nak luahkan dan berbincang apa yang sebabkan kau jadi macam ni dan last-last kau dikatakan cuba mencari salah dia. eh hello!
Penat meluahkan tanpa hasil. jadi, lebih baik diam menjeruk rasa daripada meluahkan rasa yang akhirnya sebabkan kau rasa lebih teruk. kan? Perempuan sinonim dengan berleter. lebih cenderung untuk luahkan apa yang dia tak suka daripada terima je. dengan diam jiwa perempuan boleh rosak atau bahasa kasarnya sakit jiwa. makna sakit jiwa disini bukan gila ok, tapi jiwa yang sedih, jiwa yang tertekan, jiwa yang tak bebas, jiwa yang tidak ceria.
hati-hati bila perempuan mengambil keputusan untuk diam daripada bercakap sebab kau tak tahu apa yang dia fikirkan dan tindakan yang akan dia ambil untuk pulihkan sakit jiwa. sampai satu masa dia akan ambil tindakan drastik untuk lenyapkan kau terus dari memori. tak mustahil. jangan ingat perempuan lemah dan akan ikut segala rentak orang kalau kau sendiri tak ikut rentak dia.
kami akan memberi bila menerima. ;)
itu cerita perempuan. kalau perempuan sinonim dengan bercakap, lelaki pula sinonim dengan diam. eh yeke? bercakap macam kau ni lelaki ye. haha tak boleh cerita lebih-lebih, penulis bukan lelaki. ;p
itu cerita perempuan. kalau perempuan sinonim dengan bercakap, lelaki pula sinonim dengan diam. eh yeke? bercakap macam kau ni lelaki ye. haha tak boleh cerita lebih-lebih, penulis bukan lelaki. ;p
* Post ini adalah umum.jangan perasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan