Pengikut

04 Oktober 2012

jangan diusik.



berdiam diri dan tidak membantah bukan ertinya terima tetapi tanda hormat dan sayangkan persahabatan. harus juga diingat sabar itu ada batasnya.

tersenyum bukan bermakna suka, kadang disebalik senyum terlindung bahang marah. jangan sampai bahang itu merebak. nahas.

masa menjadikan kita matang. fikir kalau bijak. bodoh kalau tak dapat fikir natijah tingkah laku sendiri. lagi bodoh kalau tahu fikir tapi masih buat. 

elakkan jadi parasit dalam masyarakat. perosak ukhwah dan persaudaraan. keji tanpa sedar.

hati dan perasaan bukan bahan lawak untuk hiburkan hati. jangan sampai hati perasaan sendiri dibuat bahan jenaka. tiba waktu itu, baru terasa perit menanggung. terlambat untuk dikesalkan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku bersabar untuk sedikit waktu lagi kerana aku percaya akan adanya pengakhiran yang manis.

Aku bersabar kerana sedar aku juga kadang tersilap tingkah.

Aku bersabar kerana mengharapkan redha Allah.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...