Pengikut

20 Mei 2011

keranamu emosi~

sibuk je nak jaga, nak betulkan hati org, tampal sana sini. hati sendiri rapuh xsedar. pecah kang baru tahu. hehe *oke hehe skadar nk menyelindungi rasa di hati. haha*ini satu lagi. malam ni malam beremosi. masalah bertimpa-timpa. hati ini tak kuat mcam yang anda2 semua nampak. gelak tawa itu sume palsu. gurau senda itu cuma nak redakan gundah gulana. haha tak siapa faham. ramai yang melenting bila sesuatu berlaku. tapi pernah tak mereka pikir yang hati ni dah banyak bersabar, dah banyak sembunyikan air mata, terasa. tapi masih cuba untuk menjaga hati. sedih. masih lagi cuba untuk menjaga hati. kecewa. masih lagi cuba untuk menjaga hati. marah. tahankan sebab nak menjaga hati. bosan. tahankan sebab nak menjaga hati. berharap dan berharap yang masa akan hilangkan semuanya nanti.semuanya akan berubah seperti sedia kala. tapi tahu tak yang 'tempoh masa berharap' 2 sangat penat. 




aku sntiasa malas untuk amik tahu bende-bende yang tak berkaitan, sebab aku dah cukup penat 'dapat tahu' bende-bende yang aku tak nak ambik tahu dan tak nak ambik kisah pun. aku pun cuba elak dari bercerita pape pd orang, sebab aku malas nak ingt balik apa yang berlaku kelmarin/ hari2 yg lepas. bukan aku xkisah. tpi ntah.. aku cuma nk jalani hidup seadanya. nk cite aku dgr, xcite aku xtanya. orang xtanya aku xbagitahu orang tanya pun aku tetap tak bagitahu. haha


aku bukan pakar motivasi. bukan dr. cinta tuk selesaikan masalah orang. tp ada je orang yang cari aku bila de msalah *terutamanya masalah cinta. aku heran jugak. apala yang aku reti sal cinta. nak kata aku penah bercinta sebelum ni xpenah. haish tak reti papela kesimpulannya bab2 ni. emm tp mungkin aku banyak belajar dari pengalaman sendiri* yg ni bukan pasal cinta, kehidupan oke. dan pengalaman orang2 kat sekeliling. memerhatikan apa yang berlaku dan ambil pengajaran daripadanya. benda2 tu mungkin buatkan orang senang untuk brcerita pada aku sb diorang bila brcerita pada aku, diorang akan dapat apa yg diorang nak dengar drpd aku. mungkinlah kan. nak kata tu kelebihan ke apa? oke baguslah kalau nak kata tu kelebihan kan. tapi bangga ke. x.  sikit pun x! tahu tak mahal harga yang kena bayar tuk 'kelebihan' 2. tahu tak betapa peritnya nak dapatkan 'kelebihan' 2. pengalaman tak semuanya indah. kalau semuanya indah2 belaka, kita tak belajar kan drpd hidup ni :) dan kalau diberi peluang sekali lagi, aku tak nak lalui semua ni. takde 'kelebihan' tu pun takpela. perit.

buat apa memotivasikan orang sedangkan diri sndri pun tak bermotivasi.nak ada sikit motivasi dlm diri pun kena usaha keras. usaha yang sebabkn diri dilabel takde prasaan. hehe korang ape taw.aku dah tak larat dah nk tunjukkan emosi aku, penat, jadi neutral suda.  tapi betol2 aku cakap. kita akan gembira bila tengok orang sekeliling kita gembira. dan 2la sebab aku tak tido malam ni :(


kalaupun kita tak boleh nak gembira sb masalah kita tak selesai2, curilah sikit rasa gembira tu daripada orang yang kita selesaikan masalah mereka :) kalau pun kita tak gembira dengan layanan yang kita dapat, curilah sedikit rasa gembira daripada orang2 kita yang kita layan baik*taksemuaakubolehlayanbaikoke:P kalau pun kita terasa hati dengan seseorang, curilah sedikit rasa gembira daripada orang yang kita tak tunjukkan 'rasa hati kita'. moga2 kegembiraan yang kita curi tu dapat buatkn kita lupa yang kita terasa hati. kalau tak mampu, pinjamlah rasa gembira sesiapa pun disekeliling kita, hiburkan hati dengan 'keunikan' setiap dari kita, tengok orang di sekitar kita bertingkah laku,tengok mereka gelak, main, bergurau. tak boleh lagi? pinjamlah semangat alam sekeliling. tengoklah sejuknya hijau pokok. birunya langit. ingatlah Allah itu ada. bergembiralah kerana Dia sentiasa ada untuk kita. baliklah pd fitrah kejadian manusia. dan kita akan rasa tenang. 







aku suka merancang. rncang xtvt2 mcam pegi piknik ke, jalan2 ke, makan-makan ke, sentiasa bersemangat bila hal2 macam ni tp kebanyakannya rncgn tinggal rancanganla.haha tapi ada jugak yang jadi. susah bila kena bergantung pada orang baru leh gerak. hehe takmampu la katakan :P rancangan2 macam tu sentiasa ada dalam kepala ni,tak tahu kenapa. tapi aku kurang minat nak pegi shopping complex dan tempat2 yg sewaktunya dengannya. dulu2 sukala. sekarang dah bosan. lagi suka duduk lepak kat bilik dari kluar tanpa urusan. kadang kalau aku tak pegi pun aku rancang gak tuk kawan2 aku pegi. tapi last2 mesti semua takjadi pegi bila taw aku xikut. emm sori korang, i ada masalah. bukan sesaje taknak pergi. mcm yang aku cakap kat atas tu la. aku akan rasa gembira kalau orang2 kat sekeliling aku gembira. walaupun tak dapat pegi, curi kegembiraan orang2 yg pegi pun cukupla, dah boleh buat aku senyum :) tapi last2 sume cancel huhu Y_Y emm sori korang. andailah korang tahu. *chewahh poyo je :P



sekarang kita tengok pula kuasa Allah. bagaimana Allah boleh bolak-balikkan hati kita sekelip mata je kalau Dia kehendaki. dari rasa sayang dan cinta timbul rasa benci. dari rasa benci timbul rasa simpati. tengok, orang yang berkasih boleh putus ditepi jalan *tepi jalan selamat sikit kalau tengah jalan kesian dia kena langgar, dahla putus cinta, xcident lak har3~ :D . orang yang benci satu sama lain boleh jadi kekasih. dari seseorang yang teruk akhlaknya berubah jadi baik dan dari seorang yang baik berubah jadi seorang teruk. semua ni dari hati. jika kita sayangkan seseorang, sayanglah seadanya. jika kita bencikan seseorang, bencilah seadanya. jika kita rasa kita baik, bersyukurlah dan berusahalah untuk terus kekal, berdoalah moga Allah tak lemahkan iman kita tapi xpayahla kita kutuk orang yang tak baik pulak. tak perlu nak kutuk2 kalau kita takde inisiatif pun nak ajak dia jadi baik mcm kita *kononnya la kan kita ni baik. tak perlu riak dan berlagak oke. sekali Allah balikkan hati kita, kita yang tunggang-terbalik. ingat! Allah maha berkuasa dan maha mengetahui setiap yang hak dan batil. 


oke2. tenang oke. ^^ setiap yang berlaku ada hikmahnya~ paling tidak pun, aku belajar sesuatu daripada hidup ni.

cau cincau itu tak sedap di makan.

selamat pagi sume :) 


*alamak! perenggan kedua last 2 lain pulop tulisannya. dah habis cara dah nak bagi sama xboleh. buntu den. bio pi la depa. tp sakit aih mata den nengoknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...