Pengikut

16 Mei 2009

16 MEI

GURU OH GURU
.
.
Berburu ke Padang Datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979
.
.
hehe~

sajak yang sentiasa dideklamasikan bila tibanya hari guru.
tiap-tiap tahun ok!
dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah.
berpindahlah ke mana-mana sekolah pun, sajak ni lah yang akan ketuk gegendang telinga bila munculnya 16 MEI. wajib!
.
.
guru ----> jentera manusia.
----> doktor masalah sosial.
erm...
betul ke?
hihi sendiri fikir.
.
.
.
lagu IPGM..
layannn~
zasss...
Institut Pendidikan Guru
Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika kerja
Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasi
Bangsa negara tercinta
.
Berwibawa berintegriti
Keunggulan peribadi
Berteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa
.
Kami bangga menjadi guru
Kerjaya dihormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi
IPGM Malaysia berikrar
Membentuk guru berkualiti
Penyanyang berakhlak mulia
Mendokong visi misi IPGGGGGGGGGG.
.
.
.
.
p/s..
buat warga pendidik :
  • SK BENDANG PAUH
  • SK TANAH MERAH 1
  • SK CHABANG 3 CHETOK
  • SK LATI
  • MRSM KUALA KRAI
  • MRSM KUALA TERENGGANU.
jasa cegu saya kenang.
terima kasih cikgu!
dan..
buat guru 'sebenar' di luar sana yang tak pernah jemu mendidik.
SELAMAT HARI GURU!
16 MEI 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...