kalau ditanya pada orang, aku pasti setiap orang akan memberikan definisi yang berbeza. terpulang pada setiap individu.
pada aku, definisi sahabat tu senang sahaja.
sahabat ialah...
orang yang akan senyum bila kau senyum,
orang yang akan gelisah bila kau sedih,
orang yang senang tengok kau senang,
orang yang sedar bila kau susah..
dan sedia hulurkan tangan tanpa perlu kau sebut.
tak pernah berkira dan selesa bercerita berkongsi rasa.
aku akan menjadi sahabat yang paling baik pernah kau kenal jika kau jadi sahabat yang baik pada aku.
aku akan jadi kawan kau jika kau jadi kawan pada aku.
aku akan jadi kenalan kau cuma jika kau jadikan aku kenalan kau.
aku jadi apa yang kau jadi pada aku.
layan aku baik, aku layan kau berganda baik.
layan aku biasa-biasa, aku layan kau biasa-biasa,
layan aku macam musuh, aku anggap kau tak pernah wujud. (kalau aku baiklah, kalau masa tu aku tengah mood jahat bersedialah untuk jadi musuh aku, wahahaha *gelak jahat)
sejujurnya, aku cuba untuk menjadi seorang yang baik.
walau tidak di layan baik sekalipun, aku cuba membalasnya dengan kebaikan sebab aku percaya, manusia memang sukakan kebaikan. hati mana yang tak tersentuh dengan kebaikan. mungkin persekitaran dan pengalaman lampau yang melindungi sifat baiknya.
sentiasalah berbuat baik.
perkara yang baik akan sentiasa dikenang.
dan moga-moga perkara yang baik itu akan menjadi sebab untuk orang mendoakan kita apabila kita dah tak ada nanti di dunia.
Eh daripada cerita sahabat beralih kepada perkara baik-baik.
macam lari topikk.
haha
larikkkkkkkkkkkkk!!!!
Nah. untuk mereka yang menjadi sahabat yang baik pada aku.
kamu tahu siapa kamu, terima kasih.
lagu ini untuk kamu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan