hujung minggu datang lagi..gembirakah? oho tak ada jawapan untuk itu. rasanya masih sama seperti hujung minggu yang lepas. kosong. semua sibuk dengan agenda masing-masing. ada yang pulang. keluar. selebihnya cuma berkurung di bilik, buat kerja mungkin.
aku? memilih untuk berada di bilik memandangkan untuk pulang adalah sesuatu yang mustahil sekarang. ingin sekali untuk buat begitu, oho kalaulah....dussh! sudah2, perlu sedar diri.
keluar? perlu kurangkan, sudah terlebih belanja, kos untuk keluar juga semakin meningkat, perlu berjimat-cermat.
kerja, sesuatu yang tidak akan dibuat bila tibanya hujung minggu, takde mood bila takde sesiapa.
cuma menghabiskan hujung minggu tanpa pengisian berfaedah,haha. tidak mengapalah, walau kadang-kadang tanpa sesiapa, sekurang-kurangnya aku masih punya teman yang setia. sentiasa ada setiap hari, baik hujung minggu ataupun tidak. hoho..
sekor dah mati.tinggal yang kuning jek. melor. nama yang dak2 ni kata busuk, haha peduli apa, aku yang bagi makan. cuma ada melor yang setia, masih menemani walau tibanya hujung minggu, sentiasa ada depan mata. lah, memanglah, kalau ikan tu cam manusia mesti dia naik bas gi jj, takpun naik teksi g tesco, takdenya dia suka terperap kat bilik,haha nasib bek melor ikan. lagi 2 minggu pbs, lepas tu cuti. tak tau mana nak letak melor. nak tinggal sape nak bagi makan, mustahil kalau nak bawa balik, tak nak lepaskan! nati dah takde yang menemani, hoho~ takpe, masih ade masa, kita tengoklah nasib melor ti.
*ttbe rase cm xbape betol..haish,mnta jauh.
.
.
baru mow baca..sekurang-kurangnya ada sesuatu yang berfaedah untuk dibuat,haha. mungkin hari esok lebih cerah, keluarnya pelangi cantik selepas redanya titisan hujan. siapa tahu..
tq shila.
luv.luv.luv.
sayang diri sendiri ok! haih.risau...
thanks 4 da company..
juga utk segalanya..
.kesayangan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan