Pengikut

31 Julai 2009

sesudah berBIG

Alhamdulillah, selesai sudah BIG untuk semester ini, tak perlu fikir pape lagi. tinggal buat kerja kursus dan exam, lepas tu boleh lambai-lambai pada semester 2, hoho kejap aje masa berlalu, dah nak masuk semester 3.
hari semalam agak memenatkan, awal-awal pagi sudah bertolak ke sabak bernam tapi masih lagi tidak cukup awal untuk sampai tepat pada masanya. terlewat satu jam. sebaik saja memasuki pagar SMKA Simpang Lima, terus bersarapan *kononnya lah'huhu.tunggu bas yg sesat lagi satu sampai, then terus mulakan seminar. masa yang agak suntuk sebabkan segala perancangan lari. seminar penulisan karangan terpaksa diringkaskan, LDK terpaksa dipendekkan masanya dan hanya satu sahaja daripada 4 permainan yang sempat dijalankan. walau bagaimana pun, segalanya berjalan lancar dan mendapat kerjasama penuh daripada pelajar-pelajar. semua orang gembira.
sembahyang dan salin baju di masjid berdekatan.
kemudian bertolak ke rumah anak-anak yatim di sg. besar untuk khidmat masyarakat. keadaan di sana agak tidak terurus. setelah mendengar sedikit taklimat dan kata-kata aluan daripada penyelia di sana, terus masuk dalam kumpulan dan mulakan tugas. walaupun pada mulanya terdapat sedikit masalah mengenai peralatan tapi semuanya dapat diatasi. kerja-kerja berjalan dengan lancar. mural kat tangga pun cantik'senyum selalu'. tidak ramai penghuni di sana yang dapat bersama-sama bekerja kerana terlibat dengan aktiviti sukan di sekolah, tapi menjelang petang kebanyakan dari mereka mulai pulang. seusai sahaja memberi khidmat, makan malam dengan rakusnya kerana penat+lapar, bertegur dengan penghuni dan terus pulang ke maktab. 
*sedikit sedih dan simpati mendengar kisah mereka. juga keadaan tempat tinggal mereka. hulurkan tangan, ringankan beban.
bersyukur dengan apa yang ada. Alhamdulillah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...