Pengikut

01 Julai 2009

hadapi dengan senyuman


Jun dah berakhir.Julai mula menampakkan diri. Rejab juga sudah beberapa ketika tiba, dan tak lama lagi, Syaaban pasti muncul. masa berlalu begitu pantas. tidak mahu lagi merugikan masa untuk hidup dalam kemurungan, *kerja gila. hidup mesti gembira. oho, nampaknya perlu menyibukkan diri dengan urusan sendiri semaksima mungkin sehingga tidak langsung mempunyai kesempatan untuk menyibuk hal orang.mungkin itu lebih baik. perlu baiki diri, tambah apa yang patut, buang apa yang tak perlu, pentingkan yang lebih penting.  sanggup buat apa saja asalkan kegilaan semester lepas tidak berulang. mungkin juga perlu pejamkan mata, lupakan seketika kewujudan sesetengah insan tertentu yang buat hidup makin berselirat. haih~
.
.
oh ye, result exam dah keluar, tapi cuma bertampal kt board, bagitahu lulus ke tak je. bertembung dengan en. sup,katanya hujung minggu depan boleh tahu pointer, dapatkan slip kat bilik sup. dengar-dengar macam boleh semak online, rupa-rupanya semester ni tak mula lagi, keputusan exam semester depan baru boleh semak online. takpelah, maktab kita maju setapak lagi. sekurang-kurangnya boleh berbangga dengan kemajuan yang sedikit lambat ini, takkan ada lagi sindiran-sindiran mesra dari mereka yang kecoh setiap kali mengadap laptop, buka laman sesawang tertentu untuk semak pointer mereka yang tak seberapa tu, haha. tidak kisahlah jika semak di mana pun, walau bagaimana cara sekalipun, cuma mengharapkan result semester ini lebih baik dari semester-semester sebelumnya. kehilangan sedikit konsentrasi akibat kekusutan dan keserabutan yang berlaku semasa musim peperiksaan lepas bukanlah alasan untuk tidak mengharapkan yang terbaik. apa pun angkanya, terima seadanya, itu usaha kita.
.
.
.
apa pun yang berlaku. hadapi dengan senyuman.
ok. sebuah lagu buat yang sedang berselirat di luar sana:'/
layannnn....
.
HADAPI DENGAN SENYUMAN
- DEWA -
.
Hadapi dengan senyuman 
Semua yang terjadi 
Biar terjadi . 
Hadapi dengan tenang jiwa 
Semua... Kan baik baik saja 

Bila ketetapan tuhan 
Sudah ditetapkan 
Tetaplah sudah . 
Tak ada yang bisa merubah 
Dan takkan bisa berubah 

Relakanlah saja ini 
Bahwa semua yang terbaik 
Terbaik untuk kita semua 
Menyerahlah untuk menang
.
.
.
.
oho'tak boleh pulak.ingatkan nak upload video.masalah lak.nanti-nantilah k.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...