sekadar beberapa lintasan persoalan.
1.
1.
adakah dengan mencari pasangan pada hari ini boleh membuatkan hidup kita bahagia. apa jaminannya yang pasangan kita pada hari ini akan menjadi pasangan kita selama-lamanya. jika ada, kenapa ada yang menangis kerana putus cinta. kenapa ada yang kecewa, menyesali nasib sendiri, mengeluh dengan apa yang berlaku bila perhubungan yang diharapkan sampai ke gerbang perkahwinan putus di tengah jalan. mesti ada yang mengatakan, "tak semua perhubungan macam tu, cuma segelintir je, tengok aku, bahagia je". kalau bahagia hingga ke jinjang pelamin tidak menjadi masalah, tapi bagaimana jika kita tergolong dalam golongan yang segelintir itu, malang tak berbau kan? esok lusa kita tak tahu apa yang akan berlaku, kita cuma boleh merancang je hari ni, membina impian-impian indah sedangkan ketentuan hari esok tak siapa yang boleh duga. mungkin bunyinya sedikit pesimis, dan mengundang rasa tidak puas hati sesetengah pihak, terpulanglah, cuma mahu menyuarakan apa yang bermain-main di fikiran buat masa dan ketika ini , apa pun semuanya akan berubah seiring dengan peredaran masa. berubah dari segi cara fikir, pergaulan, tingkah laku, dan bagai-bagai lagi. itu pasti. kadang-kadang kita tak rasa kita berubah dan tak sedar pun sebenarnya sebab apa kita berubah, tapi orang di sekeliling kita yang akan rasa dan sedar perubahan tu. dan kadang-kadang juga, pesimis itu perlu, ermm ye ke? huhu~
2.
mengapa mesti kita letakkan diri kita di bawah sedangkan kita sebenarnya mampu untuk berada di atas. ibaratkan diri kita seperti buah epal, tempatnya di dahan yang rendah, senang dicapai oleh tangan-tangan manusia, dipegang, ditilik, kemudian dilepaskan kembali tanpa dipetik kerana dirasakan sudah lebam, sudah tidak enak dimakan. tapi berlainan dengan epal yang tempatnya di dahan tinggi, sukar dicapai oleh tangan-tangan manusia, cuma boleh melihat tanpa dapat dipegang. pasti epalnya elok, tidak lebam, dan epal yang elok pasti menjadi pilihan untuk dipetik.pasti. mungkin kita dah biasa mendengar kisah epal ni, tapi rugilah jika kita tidak mengambil pengajaran dari kisah ni. ermm kenapa memilih untuk menjadi epal yang dibawah?.. *fikir-fikir.. oke, mungkin pengaruh rakan sebaya, cemburu bila rakan ada seseorang yang boleh di bawa berbincang, bercerita, meluahkan rasa, teman berjalan-jalan, keluar makan dan bagai-bagai lagi, jadi kita pun mahu punya juga, camtu ke? ohh bukan eh..oke2 *fikir lagi...hah mungkin mahu rasa disayangi dan menyanyangi, suka bila orang ambil berat, bangun pagi terima mesej gd moning, nak tido terima mesej gd night, terima hadiah bila hari-hari tertentu. camtu ke?? ke bukan lagi..huhu malas nak fikir.
tapi sebelum ambil apa-apa keputusan, tanya pada diri, setakat manakah komitmen yang kita berikan pada pelajaran, pada keluarga, ibu bapa yang banyak bersusah payah demi besarkan kita, jadikan kita seseorang pada hari ini, dah puas hati ke? tanya diri kita sendiri, apa yang kita dah bagi pada ibu bapa kita selama ni, ada kita belikan mereka hadiah pada hari lahir mereka, ada kita luangkan masa bersama mereka bila tiba hari bapa, hari ibu macam kita luangkan masa bersama pasangan kita bila tibanya hari-hari tertentu, ada ke? tanya lagi pada diri, ada tak kita minta duit dari ayah, buat belanja, buat beli hadiah untuk pasangan, jalan-jalan guna duit tu, kalau tak ada baguslah, tapi kalau ada kita patut rasa malu. tanya lagi, kita dah mampu ke untuk bagi komitmen terhadap hubungan baru, sudah cukup kuat ke untuk menjaga halal haram. kalau jawapan semuanya OK, DAH. lampu hijau menyala ngan terang sekali, haha jalannnn...
moga bahagia-bahagia aje..hehe
terlintas di fikiran, kenapa mesti mencari bahagia yang sementara sedangkan kita mampu untuk mendapatkan kebahagiaan yang hakiki. fikir-fikirkan..dannnnn selamat beramal..hehe
hah..entry ni ditujukan buat mereka-mereka yang masih muda belia, yang masih jauh lagi perjalannya..tapi kalau dah agak-agak sampai seru tu, faham-fahamlah,hehe..
janji Allah dalam Surah al-Nur......
Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
(Surah al-Nur 24:26)
siapa berani pertikaikan??



mengapa mesti kita letakkan diri kita di bawah sedangkan kita sebenarnya mampu untuk berada di atas.i like this quote.
BalasPadamsebenarnya sume 2 atas diri kita sndri.hehe
BalasPadam