Pengikut

07 Mei 2009

syukur

kita dilahirkan dengan 2 mata di depan wajah kita,
supaya kita tidak selalu menoleh ke belakang tapi sentiasa memandang ke depan .
menoleh ke belakang sesekali sekadar untuk mengambil pengajaran atas apa yang telah berlaku dan bukannya menyesali.
*** hari esok pasti lebih baik dari hari ini. moga-moga.
.
.
kita dilahirkan dengan 2 telinga di kanan dan kiri,

supaya kita dapat mendengar semuanya dari dua sisi.
menilai pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.
*** tidak perlu menilailah jika hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja. tidak layak ok!
.
.

kita dilahirkan dengan seketul otak di dalam tengkorak kepala kita.

tidak peduli semiskin mana pun harta kita, kita tetap boleh berbangga dengan 'kekayaan' yang ada kerana tiada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita.
kita adalah apa yang kita fikirkan dan apa yang kita fikirkan itu lebih bermakna dan jauh lebih berharga daripada kekayaan harta.
*** tak peduli apa orang kata selagi di pihak yang benar.
.
.

kita dilahirkan dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi hanya diberi 1 mulut.

kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam,
bisa menyakiti sehingga membawa kepada masalah jiwa dan segala bagai masalah yang tidak menyenangkan.
berbicaralah sedikit mungkin dan mendengar sebanyak mungkin kerana itu yang terbaik.
*** jangan bercakap menghebah segala benda jika diri sendiri keliru. buat dosa je!
.

.
kita dilahirkan dengan 1 hati jauh dalam diri kita.

mengingatkan kita pada cinta dan kasih sayang.
penghargaan dan pemberian keduanya diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam.
belajar untuk mencintai dan dan menyayangi dan lihatlah betapa kita menikmati rasa dicintai dan disayangi.
tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti mana kita mencintai dia.
berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan temui cinta yang jauh lebih indah.
*** konsep sayang hanya ada dalam konteks cinta sahajakah? tak faham.jelaskan.

.
.
---> bersyukur atas segala anugerah dan nikmat yang dikurniakanNya.


2 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...