saat jari-jari aku dikerah untuk mengetuk papan kekunci ni, aku dah beberapa hari kat umah. akhirnya dapat lari dari segala macam tekanan. antaranya:
.
.
.
.
.
.
- tekanan peksa. dah habis ok. tak perlu lagi berkampung kat 'istana' orangl tiap-tiap malam tuk pulun study topik2 yang berkaitan. tak perlu lagi bangkit tido dengan muka tak cukup ilmu, kalut menghafal jawapan tuk paper haritu'haha. tak perlu lagi terlelap ngan nota-nota yang ntah apa-apa dan tak dilupakan angka keramat nih, 2009166---152. tak perlu lagi tulis angka giliran ni kat kertas-kertas yang buat kepala aku pening. sori, 3 nombor kat tengah-tengah aku lupa, hehe memory capacity ala-ala ikan bilis, tak berapa nak stabil. masalah aku dari kecik--> susah nak ingat nombor, jadi jangan kecik hati kalau aku tak ingat nombor telefon kalian, tarikh lahir dan bagai-bagai lagi yang berkaitan dengan nombor. tapi yang pasti, aku ingat tarikh lahir aku, jadi kalian jangan nak buat-buat lupa k, haha nak hadiah!!nak hadiah!!

.
.
.
.
.
- tekanan masa silam. hah ni pun satu menjadi masalah. musim-musim nak exam ni la semua benda timbul balik. bosan betul. tak boleh ke duk diam-diam dalam kotak gelap tu dan jangan muncul-muncul lagi, haih, tak paham aku. kalau bab-bab ni susah lak nak lupa, memory capacity tahap ikan jerung, semua benda nak telan, pastu mulalah tak boleh nak hadam, sakit perut, nak luah tak boleh. lama-lama jadi barah. haih, kesian ko ikan jerung, nasib ler, sape suh jadi ikan jerung. ikutkan hati, mahu je delete semua data-data yang tersimpan kemas dalam kotak memory ikan jerung ni, tapi kalau delete pun masih ada lagi dalam recycle bin, xboleh permanently delete files dari system ni, juga tak boleh emptykan, jadi bila-bila masa je boleh restore balik. semester ni bertambah lagi file yang aku tak nak. macam itula hidup. kalau kita tak nak cepat je datang, cuba kalau nak, huh..
.
.
.
.
.
- tekanan orang sekeliling. tekanan dari mereka-mereka yang tak paham dengan apa yang aku nak dalam hidup aku, yang cuba-cuba mempersoalkan cara hidup aku. aku ada kehidupan aku sendiri, jangan cuba masuk campur nak ambik tahu hal hidup aku kalau tak pernah kisah aku susah ke senang, tak pernah tanya aku dah makan belum, ok ke tak. kadang-kadang rasa bosan. bosan dengan keadaan keliling, bosan dengan pandangan orang pada kita, bosan dengan cara orang layan kita, bosan bila kita luah masalah orang cakap 'jangan ikutkan hati sangat', bosan bila orang tak pernah cuba nak faham keadaan kita, bertambah-tambah bosan bila orang masih tak faham-faham kita ni jenis manusia yang macam-mana. bosan. tak ada jalan keluar melainkan lari. tapi nak lari mana?? haha akal masih waras untuk kawal emosi. ingat! apa pun yang jadi jangan biarkan emosi kawal akal. tapi merayau-rayau sekejap mungkin boleh dipertimbangkan.bila penat, kembali ke pangkal jalan, balik bilik, tido.hahah
.
.
.
.
.
- tekanan diri sendiri. hah, ingat orang sekeliling je ke boleh bagi tekanan, diri sendiri pun tak kurang juga. cuba tanya diri sendiri, pernah tak berada dalam persimpangan, contohnya macam nak buat pilihan ke, keputusan ke, berperang antara kehendak dengan keperluan, fikiran baik dan buruk, antara nak jadi malaikat atau syaitan. tekanan yang amat dasyat dan boleh hancurkan diri jika silap percaturan. memberontak dalam diam. jadi sentiasa cari jalan bagaimana tuk releasekan tekanan yang macam ni. dengar lagu bingit kuat-kuat sampai pecah telinga mungkin salah satu jalan. campakkan diri kita jauh dari orang sekeliling, cari dunia kita sendiri. dengar. dengar sampai sakit kepala. pastu tido. haha tido lagi. sebab tu tido menjadi hobi kebelakangan ni.

.
.
.
Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang ketawa, sedih dan bagai-bagai lagi, kita manusia ni hanya mampu menduga, buat andaian tentang apa berlaku berdasarkan apa yang kita nampak tetapi hanya Allah yang benar-benar tahu rahsia kehidupannya.
sentiasa berdoa dan berdoa, moga diberi kekuatan dan ditunjukkan jalan yang benar. letakkan Allah sebagai tempat bergantung sebab itu yang terbaik. Alhamdulillah, Dia anugerahkan cuti di saat diri hampir tewas dengan tekanan yang pelbagai, memberontak dalam diam.
.
.

.
.
.
.
.
lagi mahu letak lirik. walaupun tak berkaitan nak letak gak. biarlah. suka.
lalalalayannn~
.
.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya.
Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang ketawa, sedih dan bagai-bagai lagi, kita manusia ni hanya mampu menduga, buat andaian tentang apa berlaku berdasarkan apa yang kita nampak tetapi hanya Allah yang benar-benar tahu rahsia kehidupannya.
Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
sentiasa berdoa dan berdoa, moga diberi kekuatan dan ditunjukkan jalan yang benar. letakkan Allah sebagai tempat bergantung sebab itu yang terbaik. Alhamdulillah, Dia anugerahkan cuti di saat diri hampir tewas dengan tekanan yang pelbagai, memberontak dalam diam.
.
.

.
.
.
.
.
lagi mahu letak lirik. walaupun tak berkaitan nak letak gak. biarlah. suka.
lalalalayannn~
tajuk lagu: tawa dalam tangisan
artis: kamikaze
.
.
Terhenti langkah seketika
Pandangan tersasar
Jiwaku bergelora
Sendiri ku dirundung sepi
Mengenang kembali
Saat yang telah pergi
Apa erti teman
Kini jadi lawan
Racun kau lemparkan
Diriku terseksa
Biarlah ku menanggung keperitan
Sesalan... diriku mula terasa
Kenangan ... jadikan pengajaran
Tak mudah... untuk aku melupakan
Demi persahabatan...
Tawa dalam tangisan
Terbongkar segala rahsia
Selama ini ku tak pernah menduga
Apakah cuba kau lakukan
Terbuktilah engkau
Gunting dalam lipatan
Apa erti teman
Kini jadi lawan
Racun kau lemparkan
Jiwaku terseksa
Biarlah ku menanggung keperitan
Sesalan... diriku mula terasa
Kenangan ... jadikan pengajaran
Tak mudah... untuk aku melupakan
Demi persahabatan...
Tawa dalam tangisan
artis: kamikaze
.
.
Terhenti langkah seketika
Pandangan tersasar
Jiwaku bergelora
Sendiri ku dirundung sepi
Mengenang kembali
Saat yang telah pergi
Apa erti teman
Kini jadi lawan
Racun kau lemparkan
Diriku terseksa
Biarlah ku menanggung keperitan
Sesalan... diriku mula terasa
Kenangan ... jadikan pengajaran
Tak mudah... untuk aku melupakan
Demi persahabatan...
Tawa dalam tangisan
Terbongkar segala rahsia
Selama ini ku tak pernah menduga
Apakah cuba kau lakukan
Terbuktilah engkau
Gunting dalam lipatan
Apa erti teman
Kini jadi lawan
Racun kau lemparkan
Jiwaku terseksa
Biarlah ku menanggung keperitan
Sesalan... diriku mula terasa
Kenangan ... jadikan pengajaran
Tak mudah... untuk aku melupakan
Demi persahabatan...
Tawa dalam tangisan
p/s: ucapan terima kasih teristimewa buat teman-teman yang kenal siapa aku. memberi dorongan dan semangat, melayan karenah aku yang pelbagai serta yang masih setia berdiri di belakang aku, menyokong dan terus menyokong. aku hargainya. maaf! maaf! dan maaf! untuk tempias ketidakstabilan emosi aku selama ini. sori, dah libatkan kalian sama.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan