lupa nak sebut dalam entry sebelum ni.
new life maksudnya-
aku dah posting.
dah mengajar.
dah jadi cikgu.
1 Julai 2013.
hoii aku cikgulahh. haha
seorang guru yang dihantar bertugas di Limbang, Sarawak.
Limbang- bahagian Sarawak yang hujung-hujung gitu.
sila tengok peta Sarawak kalau tak tahu di mana Limbang berada.
sekolah- Pedalaman 1.
menarik.
tapi lagi menarik kalau sekolah ni berada di kg halaman. haha
nanti akan dimuat naik gambar-gambar sekolah.
dan cerita-cerita di sekolah dan kehidupan di Limbang kalau rajin. haha
ok bye nak makan nasi goreng housemate masak.
16 September 2013
new life~
sejujurnya, Limbang banyak mengubah hidup aku. menjadikan Lily hari ini bukan Lily yang dulu. wahaha kelakar plak intro. ala-ala lagu tegar gitu.
banyak yang nak diceritakan mengenai Limbang. hidup baru. kawan-kawan baru. sekolah. murid-murid.
berpeluang melihat satu sisi kehidupan dari sudut yang lain tak pernah aku jangkakan. tapi kini aku sedang melaluinya. perlu bersyukur atas peluang ini. tapi jauh disudut hati masih ada rasa-rasa negatif.
tak cukup bersyukurkah aku?
kadang-kadang,
rasa-rasa negatif itu menjadikan kita bukan seperti kita yang asal.
mengubah kita menjadi seseorang yang lain.
mungkin plastik.
tapi perlu untuk gembirakan diri sendiri. ceriakan suasana. jalani hidup dengan bahagia.
yang pasti,
bukan aku sorang.
orang lain pun sama, aku dapat rasainya.
cuma mereka sama macam aku, tak terluah.
-_- !
*sekurang-kurangnya aku ada 'themanbhaek' yang lama terbiar untuk aku merapu-rapu di saat meroyan. haha
23 Oktober 2012
THANK A TEACHER
terima kasih.
untuk semua yang pernah mendidik.
menjadikan aku.
seperti hari ini.
secara langsung atau tidak langsung.
terima kasih guru.
:)
Langgan:
Catatan (Atom)